Hai, berikut adalah sinopsis drama Kampung Girl yang mula ditayangkan malam tadi di TV3..
Nad Zainal dan Akim, pelakon utama..
Sinopsis:
Kisah bermula apabila Ashraf Khairi, 28
tahun, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin
cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, 25 tahun,
seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya
menghabiskan masa dengan ayam itik di kampung. Jiwa Ashraf mula
memberontak. Dia mula mengatur strategi dengan menyibukkan diri di
pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat ibubapanya.
Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak
menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari
mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan
ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin
mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.
Identiti Ainnur yang belajar hingga
keluar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dirahsiakan dari
pengetahuan Ashraf. Ainnur ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung
yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal
mentuanya, Puan Mazlin. Ashraf yang bengang dengan
persetujuan Ainnur telah menggunakan setiausahanya, Annisa untuk
menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain pula yang berlaku apabila
terbongkar dengan Ainnur kerana setiausahanya itu juga budak kampung dan
yang lebih memeranjatkan, dia adalah kawan baik Ainnur sendiri.
Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan
dan persandingan akan dibuat kemudian. Pada malam pengantin, rahsia
Ainnur yang berpendidikan diketahui juga. Ashraf terlihat gambar
graduasi Ainnur di luar negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan
oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia
tidak mempedulikan isterinya itu. Ainnur mengajar di Pulau Pinang
manakala Ashraf bekerja di Kuala Lumpur. Teman serumah Ainnur
menasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan
oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi. Mungkinkah hati pemuda bandar ini
akan menjadi lembut jua untuk menerima Ainnur? Atau kisah Ashraf dan
Ainnur bakal menjadi kisah yang semakin rumit? (Sumber: Galaksi Media)
Saksikan drama komedi ini sebanyak 13 episod di TV3 atau di laman web Tonton. Ramai pelakon lain yang best dalam drama ini seperti Emma Maembong, Shahrizal Jaszle dan ramai lagi. Udada Ubabye!!
ED: Selamat menonton!
story line cam comel. tp, xminat akimlah. hu3..
BalasPadamRamai pembaca novel kata jln ceritanya best..
Padam