Hai, telemovie Karlos Bolos akan disiarkan pada malam Hari Raya pertama di TV3. Jom kita lihat sinopsisnya..
Johan Asari, Syazwan dan Tiz Zaqyah
Sinopsis:
Kisah bermula setelah 18 bulan berada di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk
Panglima, Karlos (Johan As’ari) dan Kenji (Syazwan Zulkifly) sedang
membuat persiapan untuk pertandingan pidato dan melakukan kajian dengan
mencari maklumat di akhbar. Ketika membuat kajian, Kenji telah ternampak
sesuatu yang sangat menarik perhatiannya di dalam akhbar. Artikel yang
dipaparkan adalah mengenai seorang artis yang diberkas kerana mabuk di
kelab malam. Yang diperhatikan oleh Kenji sebenarnya adalah gambar
seorang lelaki yang amat dibencinya iaitu Sunny (Zizan Razak).
Selepas dipujuk, barulah Kenji menceritakan perkara sebenar bahawa
ibunya adalah seorang pelacur dan Sunny merupakan bapa ayamnya. Sunny
juga bertanggungjawab memisahkan Kenji dari ibunya, Cuwie (Dira Abu
Zahar). Tiba-tiba terkeluar dari mulut Kenji cadangan yang gila. Dia
mahu keluar dari pusat tersebut untuk mencari Sunny. Mungkin dia boleh
menyelamatkan ibunya yang berada entah di mana.
Karlos dan Kenji meloloskan diri dari pusat pada tengah malam dan
tanpa disedari oleh pelatih lain. Oleh kerana terdesak tiada kereta yang
hendak berhenti untuk mereka, Karlos dan Kenji bergegas ke stesen
petrol. Kebetulan pada waktu itu, Ella (Tiz Zaqyah) dalam perjalanan
hendak ke Kuala Lumpur dan dia berhenti sebentar untuk mengisi minyak.
Karlos dan Kenji menggunakan peluang ini untuk mengugut membunuh Ella
jika dia tidak memenuhi kehendak mereka.
Kenji mengarahkan Ella untuk memandu terus ke Kuala Lumpur. Pada masa
yang sama, Ella bukanlah seorang yang bodoh, dia secara rahsia telah
menghubungi pihak polis menerusi aplikasi my distress alert di telefon
bimbitnya. Walaupun tidak bercakap tetapi pihak polis mengetahui apa
yang sedang berlaku dan mereka cuba mengesan nombor telefon Ella.
Tindakan Ella berjaya dikesan oleh Kenji yang kemudiannya merampas
telefon bimbit Ella. Suasana menjadi lebih tegang apabila Ella bertindak
memandu kereta dengan laju. Harapan Ella agar kamera Automated
Enforcement System (AES) dapat merakam atau polis trafik akan
mengesannya. Kenji sedar dan dia cuba mengawal stering hingga kereta
mereka terbabas.
Pada waktu yang sama, kehilangan Karlos dan Kenji disedari oleh ketua
dorm ketika melakukan dorm inspection. Ketua dorm memaklumkan kepada
warden seterusnya berita ini disampaikan kepada pihak berkuasa. Gerakan
mencari dua remaja ini dikerah, orang ramai diminta memberi kerjasama
untuk memberi maklumat kepada pihak polis. Inspektor Mahadhir yang
pernah menangkap Karlos dan Inspektor Azi (Rusdi Ramli) yang pernah
menangkap Kenji berpadu untuk memburu dua pelatih Pusat Pemulihan Akhlak
Teluk Panglima ini.
Berjayakah Karlos dan Kenji dalam pencarian mereka menjejaki Sunny
dan ibu Kenji, Cuwie di kotaraya Kuala Lumpur? Atau tindakan gila dua
remaja ini menjadi sia-sia dan hukuman berat menanti mereka? Nantikan
‘Karlos Bolos’ pada Hari Raya Pertama (8 Ogos) jam 9.00 malam di TV3!
Jika terlepas menyaksikan telemovie ini di televisyen, penonton juga
boleh menonton menerusi ‘catch-up TV’ dalam tempoh 14 hari menggunakan
komputer, telefon pintar atau tablet dengan melayari portal
www.tonton.com.my pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Layari laman web rasmi TV3 di www.tv3.com.my/anugerahsyawal dan laman
sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia untuk
berita terkini. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash
tag’ (#AnugerahSyawal) bagi memeriahkan sambutan Syawal nanti. Selain
menonton di TV3, penonton juga boleh menyaksikan program-program Raya
menerusi www.tonton.com.my. (Sumber: TV3)
Telemovie Karlos Bolos dibintangi ramai pelakon hebat seperti Zizan Razak, Rusdi Ramli, Dira Abu Zahar dan pelakon berbakat besar, Jay Iswazir. Hehehe.. Udada Ubabye!!
ED: Mesti best ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan