Khamis, 15 Ogos 2013

(ED & Braces) Cabaran di Hari Raya

Hai, tahun ini ED beraya dgn braces. Hari ini ED nak kongsi pengalaman & cabaran beraya dgn braces ni. Cabaran utama ialah makan. Banyak makanan raya yang ED tak boleh makan sesuka hati. Contohnya, rendang daging, rempeyek, kerepek pisang dan biskut raya yg keras2. Makanan kegemaran ED tersebut perlu dinikmati berhati2 agar besi brackets tidak tertanggal. Jadi, bila raya rumah orang, ED banyak makan kek & biskut2 yg rapuh seperti biskut tart.

Memperkenalkan biskut tart kegemaran ED yang super lembut. ED beli dengan rakan sekerja.

Daripada gambar, terpancar kelembutan biskut tart ini. Setiap tahun ED beli biskut ni.

Pengalaman beraya di rumah saudara yg dah lama tak jumpa, pastinya mereka akan tegur braces di gigi. Inilah cabaran bagi ED memakai braces di Hari Raya. ED makan je semua, cuma kunyah perlahan2. Udada Ubabye!!



ED: Positif!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi