Rabu, 14 Ogos 2013

Sinopsis dan lagu tema telemovie Ijab dan Qabul TV3

Hai, telemovie Ijab dan Qabul akan bersiaran jam 9 malam ini di Anugerah Syawal TV3. Bagi anda yang belum tahu lagi sinopsis dan lagu tema telemovie ini, teruskan membaca entri ini..

 Adi Putra dan Nora Danish sebagai pelakon utama.

Sinopsis:

Perkahwinan adalah ikatan penyatuan dua hati yang berlandaskan cinta. Cinta yang dibina pula akan lebih utuh dengan kehadiran zuriat sebagai pengikat kasih sayang. Namun tidak semua wanita di dunia ini bertuah dan bernasib baik untuk bergelar seorang ibu.

Itulah yang dialami Zarra, lakonan Nora Danish yang tidak berpeluang melahirkan anak daripada rahimnya sendiri.Justeru, kekurangan Zarra itu membuatkan suaminya, Imran (Adi Putra) berada dalam dilema kerana sering didesak ibu bapanya yang terlalu inginkan kehadiran seorang cucu.

Kemelut rumah tangga yang berlaku di antara Imran dan Zarra gara-gara ketiadaan zuriat membuatkan hubungan kasih sayang mereka teruji dan masing-masing akhirnya berjauh hati.Oleh itu, kerenggangan hubungan suami isteri ini secara tidak langsung membolehkan Wawa (Fouziah) muncul dalam kehidupan Imran dan seterusnya menjadi ‘orang ketiga’.

Akibat desakan keluarga, Wawa yang juga rakan baik kepada Zarra bijak memainkan peranannya dan menjadi pendengar setia pada masalah dihadapi Imran disebabkan ketiadaan zuriat. Bahkan, Imran dan Zarra juga hampir berpisah kerana sudah tidak sehaluan.Bagaimanapun, pada suatu hari Zarra terbabit dalam kemala­ngan dan koma. 

Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan Zarra dan Imran? Apa pula nasib Wawa? Semua jawapan pada kemelut permasalahan kekeluargaan dan percintaan tiga segi ini dapat disaksikan penonton menerusi telefilem Ijab Qabul hanya pada Aidilfitri nanti. (Sumber: 1hotlovers)

Ini dia lagu yang dalam iklan telemovie Ijab dan Qabul di TV3. Tajuknya Dengarlah Bintang Hatiku nyanyian band Indonesia, De Meises:
 
 
Saksikan  malam nanti di TV3. Best ceritanya. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi