Ahad, 8 September 2013

(Zlurpp!!) Resipi Kek Marble ala EDtv

Hai, selamat pagi! Kelmarin, ED buat kek marble sempena 30 Syawal. Kek tu untuk dijamu kepada saudara-mara ED yang mahu beraya. Mudah je buat kek marble ni. Anda nak tahu resipinya? Ini dia..

Kek Marble ala EDtv. Hampir setiap Syawal, ED akan buat kek ni ( ikut kerajinan )

Bahan2 nak buat kek ni. Untuk sebiji kek, kita perlukan 200g tepung kek Blue Key, 200g marjerin, 180g gula kastor, 5 biji telur, esen vanila sedikit dan serbuk koko (ikut citarasa). Mudah kan?

Cara buat, putar marjerin dengan gula. Lepas tu, masukkan telur & esen vanila. Last sekali masukkan tepung sikit2.

Akhir sekali, adunan tepung dibahagi dua. Satu bahagian campurkan dgn koko. Lepas tu, masukkan adunan tadi dalam loyang ikut kreativiti anda.

Bakar sehingga masak. Inilah hasilnya.

ED buat 3 biji kek. Ada baki lagi 1 biji. ED buat sarapan pagi ini bersama secawan Milo hangat. Memang Zlurpp!!

Selamat mencuba resipi mudah ini. Udada Ubabye!!



ED: kek tradisi Syawal di rumah ED

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi