Rabu, 9 Oktober 2013

(Aidiladha TV3) Telemovie Kampungku dan Aidiladha yang kontroversi

Hai, telemovie inilah yang melibatkan kontroversi Fida dan pengarah. Tak perlu ED beritahu kontroversinya ye.. Tajuknya Kampungku dan Aidiladha yang akan ditayangkan pada Hari Raya Haji ini pukul 3 petang di TV3. Berikut sinopsisnya..

Barisan pelakon, Fida, Zalif Sidek, Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Aidil Aziz.

Sinopsis:

Ketua kampung dan ketua belia kampung merancang untuk menganjurkan pertandingan nyanyian untuk mencari artis/duta kampung.  Uji bakat dijalankan dan menerima sambutan hangat. Setelah ditapis, para panel sebulat suara memilih 5 orang yang layak menjalani latihan itu. Peserta lelaki terdiri daripada Arman, Bandi dan Ciko.  Mereka terkenal sebagai pemuda yang nakal, suka merempit dan mengganggu penduduk kampung. Manakala peserta wanita pula terdiri Maya dan Aini. Pertandingan dimulakan, mereka berlima dikurung di surau lama yang dijaga oleh warden yang garang seperti komando 69 iaitu Pak Kaza. Hari pertama, mereka harus gotong-royong membersihkan kawasan masjid. Kesemua peserta hairan terutama Arman yang berasa tidak puas hati dengan ujian itu dan dia mempersoalkan kenapa perlunya peserta melakukan gotong-royong kerana ia tiada berkaitan langsung dengan bidang nyanyian. Dalam mereka bergotong royong, Arman cuba menggoda kembali kedua-dua bekas kekasih lamanya iaitu Maya dan Aini. Bandi dan Ciko juga tak lepas peluang ‘jual minyak’. Selain itu mereka turut diuji dengan sesi rohani dan ibadah. Mereka diuji dengan ujian Iman, Ikhsan dan Amal iaitu asas agama. Cara syahadah, istigfar, bacaan mandi wajib yang betul dan muhasabah diri. Mereka juga diperbetulkan cara wudhu dan solat. Bacaan solat dari A hingga Z diperbetulkan. Solat Jemaah diadakan bersama-sama. Mereka mula mempelajari erti sebenar kehidupan. Arman juga mula sedar dengan keangkuhan dirinya. Hubungan mereka akhirnya semakin erat dan menanti untuk diumumkan sebagai artis kampung. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai duta kampung? Sama-sama kita saksikan telatah lucu anak-anak kampung ini.

Semoga kontroversi pelakon dan pengarah telemovie ini selesai. Bagaimana hasil telemovie yang terpalit kontroversi ini? Sama2 kita saksikan. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi