Rabu, 9 Oktober 2013

(Aidiladha TV3) Sinopsis telemovie Cinta Mat Semprit

Hai, telemovie Cinta Mat Semprit akan ditayangkan pada Hari Raya Haji ini 15/10/13 pukul 10.00 malam. Berikut sinopsisnya..

Barisan pelakon, Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha dan Roy Azman

Sinopsis:

Cinta Mat Semperit mengisahkan tentang Kak Lola yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya. Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus. Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit. Jadi, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola. Chef Kamus mahu Ariani berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola iaitu Ariel. Kebetulan pula ketika itu Ariel sememangnya meminati Ariani dalam diam. Jadi, ini memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan Ariel.

Pada mulanya Ariani tidak mahu memenuhi permintaan abangnya namun Chef Kamus berjanji jika Ariani berjaya mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola, dia akan menghadiahkan sebuah motosikal kepada Ariani. Bagi mendapatkan motosikal idamanya, Ariani sanggup berkawan rapat dengan Ariel. Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya. Demi  memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit dari Kak Lola. Pelbagai adegan lucu dan menarik yang terjadi sepanjang usaha kedua-dua pihak untuk mendapatkan resipi istimewa kuih semperit Kak Lola. Berjayakah Chef Kamus mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ariel dan Ariani

Bagaimana? Menarik bukan? Nantikan telemovie ini pada minggu depan di TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi