Selasa, 8 Oktober 2013

(Samarinda TV3) Drama Istidraj Cinta, akan datang...

Hai, berikut adalah sebuah lagi drama terbaharu yg akan tayang dalam slot Samarinda TV3. Tajuknya Istidraj Cinta lakonan mantap Johan Asari bergandingan dengan Rita Rudaini.

Johan Asari dan Rita Rudaini.

Selain mereka, pelakon2 lain yg turut terlibat dlm drama ini ialah Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Ifa Raziah, Syatilla Melvin dan ramai lagi. Drama 15 episod ini akan memulakan penggambaran pada minggu ini dan dijangka tayang pada Disember selepas drama Terukir Di Bintang. Udada Ubabye!!



ED: nantikan drama gandingan Johan dan Rita ini..

3 ulasan:

  1. Kisahku

    Farid telah lama lalai dengan kehidupanya hanya mengejar dunia tanpa memikirkan tentang akhirat. Dalam kehidupannya beliau tidak pandai tentang agama langsung (jahil) tetapi beliau dari kecil menaruh cinta pada seorang gadis yang solehah iaitu amira. Amira merupakan seorang anak kepada guru agamanya sewaktu kecil dahulu. Tetapi amira tidak pula menyukai farid kerana jiwanya hanya pada pelajaran dan taat kepada hukum syarak. Amira adalah cinta pertama beliau oleh kerana farid belajar jurusan BM dan amira jurusan agama. Setelah habis belajar SPM farid terus bekerja dan amira teruskan dengan menyambung pelajaran ketahap ijazah. Farid terus lalai dengan duniawi tanpa disedari dia telah jauh hanyut.
    Walaupun hanya pelajarannya sekatak SPM tetapi rezekinya cukup besar dan membuatnya terus lalai. Bab agama boleh dikatakan sudah lupa 90%. Tetapi semasa farid terus melakukan perbuatan maksiat satu kemalangan yang cukup besar buat farid. Kemalangan yang berlaku semasa farid menuju ke satu destinasi yang agak jauh tetapi kereta yang dipandunya tak dapat dikawal terjatuh gaung. Farid masih hidup tetapi hilang ingatan sehinggakan tidak kenal seorangpun. Farid dijaga oleh seorang pak cik Halim yang beliau sendiri tidak kenal siapa. Masa itulah farid belajar kembali bab agama dengan pakcik tersebut. Tanpa disedari sudah 2 tahun farid belajar agama dengan pak cik itu. Sehingga farid sudah tahu tentang hukum & hakam dalam islam.
    Tetapi malangnya farid masih tidak dapat mengenal siapakah dirinya kerana ingatannya masih belum pulih. Doktor memberi tahu yang beliau akan pulih dengan kekuatannya sendiri.

    Dalam pada itu amira telah habis belajar dan pulang ke Malaysia. Setelah pulang dia terus ditawarkan kerja untuk mengajar di salah sebuah sekolah swasta. Amira sungguh teruja untuk bekerja tanpa berehat. Dalam pada itu farid yang belumpun ingatannya pulih beliau kerja disebuah kedai sebaneka(Kedai pak cik Halim) atas permintaanya sendiri kerana bosan duduk dirumah. Sekolah yang amira mengajar dekat dengan tempat farid bekerja. Semasa farid bekerja beliau ditugaskan menjaga kedai seorang diri berikutan pak cik halim ada tugas lain. Sebenarnya pak cik halim berjumpa dengan doktor yang merawat farid. Doktor itu memberi tahu pak cik halim tentang keadaan farid, Farid 85% tidak akan ingat semula dan menyarankan pak cik halim tolong beri farid kehidupan baru,
    Dengan keadaan pak cik halim yang semakin berusia dia tidak mampu memantau farid sepanjang masa. Dan dia bercadang mencari isteri untuk farid, tanpa pengethuan farid. Dalam pada masa yang sama amira pergi ke kedai yang dijaga oleh farid dan terkejut kerana tidak menyangka akan bertemu farid disana. Tetapi amira terkejut kerana farid tidak mengenalinya langsung. Amira tetap yakin dia ialah farid yang dia kenal dahulu

    Untuk mengikuti cerita selanjutnya email kepada grm.fad@hotmail.com

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Cerita ini dari sinopsis cerita takdir... cerita ini belum dijadikan drama lagi... maaf atas segala kesulitan....

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi