Selasa, 31 Disember 2013

Carta Top 10 Drama-drama yang paling ED minat sepanjang 2013

Hai, menutup tahun 2013, ini dia Carta Top 10 drama2 TV3 yang paling ED minat sepanjang 2013. Carta ini berdasarkan kesukaan ED menonton drama tersebut.

 Drama manakah juara kesukaan ED di tahun ini?

10. Ramadan Yang Hilang (Samarinda)

Walaupun ending drama ini tergantung, ED tetap suka..

9. Karlos (Aksi)

 Menarik jalan ceritanya tentang seorang budak lelaki yang menjadi mangsa keadaan.

8. Teduhan Kasih (Akasia)

 Paling ED ingat tentang drama ni ialah tentang Kak Long lakonan Zarina Zainudin yg suka jerit2. Hehe..

7. Epilog Cinta Khirana (Samarinda)

 Drama adaptasi novel Mencari Jalan Ke Syurga ni banyak adegan mendebarkan..

6. Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (Akasia)

 Pertama kali Fahrin Ahmad nyanyi lagu tema drama termahal ini..

5. Ku Cinta Kau Seorang (Lestary)

Walaupun drama ini belum habis tayangannya, ED suka jalan cerita serta lakonan Amyra dan Remy Ishak.
4. Sebenarnya Saya Isteri Dia (Zehra)

 Drama kesukaan ramai. Kesukaan ED juga..

3. Setia Hujung Nyawa (Akasia)

Tertunggu-tunggu nak tengok setiap episodnya.

2. Asmara Luna (Samarinda)

Semua ED suka tentang drama ni..

1. Love You Mr. Arrogant (Akasia)

ED termasuk orang yang demam LYMA. Hehehe..

Carta ini jujur daripada ED. Kalau ada drama kesukaan anda yang tidak termasuk dalam carta ini, jangan marah sebab kegemaran seseorang berbeza. Inilah 10 drama kesukaan ED tahun ini. Selamat tahun baharu 2014. Udada Ubabye!!



ED: Insha Allah, jumpa lagi di tahun hadapan..

14 ulasan:

  1. ED tak suke drama playboy itu suami aku ker...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok juga tapi tak excited tengok macam 10 drama di atas ni..

      Padam
    2. Tapi ape komen ED tentang drama playboy itu suami aku...

      Padam
    3. Takkanla takder...

      Padam
  2. allaaa... cinta jannah n bukan kerana aku tak cinta x de lah. sobs.. ed x suka cte tu ke? -anillutaze

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak minat cinta jannah & tak tengok bukan kerana aku tak cinta sebab tak langgan astro

      Padam
  3. yg kte same2 excited nk tgk ...lyma,ssid,kcks,epck,ryh..yg lain ok2 je tp tgk jgk...kecuali karlos...tp dlm byk2 tu kte plg suke epilog cinta kirana...mgkn sbb themo song n lokasi diorg shooting kt area ofis n umah kte,hehe

    BalasPadam
  4. yg kte same2 excited nk tgk ...lyma,ssid,kcks,epck,ryh..yg lain ok2 je tp tgk jgk...kecuali karlos...tp dlm byk2 tu kte plg suke epilog cinta kirana...mgkn sbb themo song n lokasi diorg shooting kt area ofis n umah kte,hehe

    BalasPadam
  5. sukahati ED lah kalau playboy itu suamiku takde dlm list top 10 ne...sah sah cerita playboy itu suamiku boring...pelakon lelaki tu tak sesuai sangat..entah ape2 lah

    BalasPadam
  6. SSID terbaik Dari segi Jln cerita,lakonan comel,sweet hero heroin smpai tgk Berulang Kali pon x jemu.wpon kurang publisiti.yg lain x teruja pon

    BalasPadam
  7. Cinta jgn pergi pon best tapi sb tyg tv 9 x ramai tgk. Selalu nya drama tv3 slot Akasia ramai tgk sb prime time.LYMA wpon popular tapi hero heroin bukan citarasa saya,forgettable!

    BalasPadam
  8. Semua drama lakonan Tiz zaqyah thn ni saya Suka SSID,cinta jgn pergi dn jodoh iTu milk Kita.ada chemistry tersendiri dgn semua hero nya Izzue,Remy dn farid kamil. X jemu tgk .

    BalasPadam
  9. Love You Mr Arrogant,hokey giler!!!!!Lagu Nomad tu mmmg aku minat jgk!!!!!!!Tk tgk pun cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia pun....
    Oiiii,dia punya ulangan dh bis ke???!

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi