Sabtu, 4 Januari 2014

(Destinasi) Rumah Tamu Home Phoenix, Bukit Bintang

Hai, ED nak kongsi tempat penginapan ED semasa di Kuala Lumpur pada cuti akhir tahun yang lalu. Disebabkan ED hanya perlukan tempat menginap sahaja, jadi ED pilih Rumah Tamu Home Phoenix di Bukit Bintang. Banyak2 rumah tamu, rumah tamu ini ada tempat parking kereta percuma. Itu yang penting bagi ED. Murah pun murah..

Ruang hadapan rumah tamu ini..

ED pilih bilik ni untuk 4 orang sebab ED bawa 3 orang adik ED. Ada 2 katil queen di dalamnya. Semalam hanya RM120 sahaja. Murah kan? Aircond ada, wifi pun ada. TV je x de dlm bilik.

Dekat Bukit Bintang banyak rumah tamu, tetapi rumah tamu yang ni OK bagi ED sebab ada parking free. Boleh jalan2 di sekitar Bukit Bintang naik LRT atau jalan kaki. Tak perlu berdepan dengan jam.

Kalau anda nak jalan2 di sekitar Pavilion, Berjaya Times Square, Low Yat Plaza dan Sungei Wang, bolehlah menginap di rumah tamu Home Phoenix untuk murah sebab murah. Udada Ubabye!!



ED: mahalnya parking di KL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi