Khamis, 2 Januari 2014

(Mi Casa) Pasang awning depan rumah

Hai, pada hari Khamis lepas, ED pergi ke rumah baharu untuk melihat awning depan yang baru dipasang. ED berkongsi dengan jiran sebelah untuk memasang awning depan rumah. Sebab apa kongsi? Lihat ni..

Ada ruang yang tidak berbumbung antara rumah ED dengan rumah jiran sebelah. Nak senang kerja, kena sepakat kongsi pasang awning untuk 2 buah rumah terus..

ED dan jiran bersepakat memilih awning daripada plastik tahan lama. Warna coklat ni menampakkan halaman rumah lebih luas..

ED rancang bawah awning ni nak letak kerusi taman. Jadi petang2, boleh ngeteh di sini. Hehe..

Khamis lepas juga, ED minta tolong kawan abang untuk pasang kepala paip untuk meter depan rumah.

Setakat ini dahulu perkembangan rumah baharu ED. Udada Ubabye!!



ED: buat yg mana termampu dulu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi