Jumaat, 17 Januari 2014

(Samarinda TV3) Sinopsis drama Miranda

Hai, drama terbaharu Miranda dah semakin hampir ditayangkan dalam slot Samarinda TV3. Saksikan drama Miranda mulai 23/1/14.

Fasha Sandha dan Dazrin sebagai watak utama.

Jom tengok sedikit sinopsisnya..

Sinopsis:

Drama ini mengisahkan Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan pertunangan dengan Izwan iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah.

Izwan cuba merogol Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Malah Salimah memaksa Miranda dengan Izwan bernikah secepat mungkin namun Izwan acuh tak acuh malah lebih kerap mahu mengambil kesempatan terhadap Miranda.

Miranda kemudian menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Shukri buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar dan Melly. Isterinya, Datin Rina walaupun tidak senang dengan kedatangan Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.

Akhirnya Rina menghalau Miranda dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura kesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.

Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya. Sumber: Harian Metro.

Dazrin (Ammar) Fasha (Miranda)

Mardiana Alwi sebagai Melly



Mampukah Miranda lari daripada takdir hidupnya? Saksikan Miranda di TV3.

Bagaimana? Menarik bukan? Udada Ubabye!!



ED: drama pertama Fasha Sandha selepas menjadi ibu di TV3

1 ulasan:

  1. Lagu tema apa yng pasti mengiringi drama tu????Mungkin lagu ROman Cinta dri Mojo yng cukup pops kat Hotfm skrg ni...

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi