Selasa, 16 September 2014

(Sembang) Kegigihan ED menukar IC baharu

Hai, sempena cuti Hari Malaysia hari ini, ED nak kongsi cerita tentang buat ic baharu semalam. Semalam, tidak mudah untuk ED tukar IC baharu. Nak tahu? Baca ni..

IC lama ED yang dah buruk dan terkopek plastiknya..

Pukul 8.30 pagi, ED sampai di KDN Taman Setia Tropika bangunan JPN. Ramai sangat orang. ED dapat angka giliran yang memerlukan ED tunggu kira2 200 orang. ED tak sabar untuk tunggu lama dan ED terus balik ke rumah. Tenangkan fikiran dulu dan cari idea untuk tukar ic dengan cepat.

Pukul 10.30 pagi ED sampai di UTC pulak. Kena tunggu giliran kira2 100 orang. Dekat sini ED sanggup tunggu sebab tempatnya selesa dan prosesnya cepat sedikit berbanding tempat pertama tadi.

Pukul 11.45 pagi, tiba giliran ED untuk berurusan dengan staf. Untuk tukar IC baharu, ED didenda RM80.00. Butirannya pada gambar di atas. 

Semalam, staf memberitahu ED secara terperinci kenapa ED didenda RM80.00. Sebenarnya, kita kena  tukar ic 2 kali seumur hidup. 

Pertama: buat ic kali pertama genap usia 12 tahun
Kedua: tukar ic kali pertama bila genap usia 17 tahun
Ketiga: tukar ic kali kedua sebelum genap usia 24 tahun

Ha, ED tak tahu yang kena tukar ic sebelum berusia 24 tahun. Jadi, setiap tahun yang lewat didenda RM10. Tambah dengan RM20 kos ganti dan proses kad baru. Jadi total RM80.00. Jadikan cerita ED pengajaran. Kepada anda yang masih guna IC lama, pergi tukar IC baharu sekarang. Lambat tukar, nanti kena banyak dendanya. Udada Ubabye!!



ED: esok baru dapat ic baharu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi