Jumaat, 10 Oktober 2014

(Hiburan TV3) Tarikh, tema dan hos Anugerah Skrin 2014

Hai, Anugerah Skrin 2014 akan diadakan pada 7 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). ASK 2014 akan menggunakan tema prestij dan anggun dan ia akan dihoskan oleh pelakon Fahrin Ahmad bersama beberapa pelakon popular lain seperti Zul Ariffin, Nabila Huda, Tasha Shilla, Shukri Yahaya dan Fiza Sabjahan. Sementara itu, persembahan pentas akan dimeriahkan oleh DJ Fuzz, Lan, Black, Hafiz, Stacy, Adlin Aman Ramlie dan Ella.

Fahrin Ahmad sebagai hos ASK2014 tahun ini..

ASK 2014 kali ini turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial dan Drama Premium Terbaik. Kategori tersebut diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan industri drama di negara ini.

"Kita wujudkan dua kategori ini kerana melihat kecenderungan penonton menonton di laman Internet dan membualkan perkara tersebut sehingga ia menjadi popular.

"Manakala, kategori premium adalah menggalakkan penerbitan drama yang bernilai lebih daripada RM150,000," ujar Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9.


Selain itu, 12 kategori drama, 7 Kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman, 6 kategori teknikal dan 1 anugerah khas akan dipertandingkan mengikut syarat yang ditetapkan.

Karya-karya yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2014.

Antara drama yang layak bertanding dalam kategori Drama Terbaik seperti Olang(Balang Rimbun Sdn Bhd), Pelita Tanpa Sumbu (Luqsar Kreatif Sdn Bhd), Mengejar Neraka (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd), What If (Mastermind Group Sdn Bhd), dan Balqis (Rumah Karya Citra Sdn Bhd).
 Sumber: 
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/10/10/astro-tarik-diri-ask/

Nantikan Anugerah Skrin 2014 di TV3. Udada Ubabye!!



ED: Giliran Luqman MJATS jadi hos tahun ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi