Hai, dah lama ED tak update tentang cerita di sekolah. Kalau tak update cerita di sekolah, maknanya takde cerita menarik la tu.. Hari ini ED berjaya menghidu kegiatan murid2 darjah 6 yang membawa rokok di sekolah. UPSR tak habis, tapi dah berani bawa rokok masuk dalam sekolah. Rokok tersebut disimpan dalam kelas lain. Seorang murid ni lagi, simpan 3 batang rokok di dalam salur paip bomba. Memang orang lain tak perasan modus operandi mereka. Tetapi hari ini, ED dapat tangkap murid yang membawa rokok itu setelah mendengar cerita daripada kawan2 mereka juga.
ED berjaya rampas 2 kotak rokok tiruan yang murah dan lighter ini. Gambar rokok tak sempat ambil & ED dah serahkan kes ini kepada pihak pentadbir.
Setelah seorang kantoi, mulalah murid2 kaitkan nama2 murid lain yg terlibat dlm kes rokok ni. Ramai juga budak darjah 6 hisap rokok. Murid darjah 4 pun ada. Ibu bapa sila buka mata dan peka terhadap kes ini kerana buluh dilentur dari rebungnya. Dunia kanak-kanak zaman kini memang semakin mencabar. Udada Ubabye!!
ED: memang suka kes2 penyiasatan di sekolah ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan