Selasa, 2 Disember 2014

(Peraduan) Peraduan SUPER DAEBAK Di TONTON MUSIC!

Kuala Lumpur, 2hb Disember 2014 – Hujung tahun ini, Tonton Music (www.tontonmusic.com.my) dan Universal Music Malaysia membawakan hadiah paling istimewa buat peminat Lee Min Ho & Royal Pirates di Malaysia. Bersempena dengan lokasi persinggahan konsert aktor-penyanyi berkumpulan ini di Bangkok pada 27 Disember 2014 kelak, peminat hanya perlu mendengar susunlagu SUPER DAEBAK di Tonton Music sebanyak mungkin dan menghantar slogan paling kreatif untuk memenangi pakej percutian menyaksikan konsert mereka secara langsung. 

 



Lee Min Ho, bintang Korea ternama dunia telah melancarkan EP kedua, dengan judul “Song For You” pada Oktober 2014 dan kini dalam proses melengkapkan jelajah beliau, “RE:MINHO” merentasi benua Asia.  Manakala Royal Pirates, yang ditubuhkan di Los Angeles, California turut tampil selaku artis jemputan di konsert jelajah Lee Min Ho. Terdiri daripada Moon (Vokal & Gitar), James (Bass) dan Sooyoon (Pemain Drum), kemunculan pertama mereka tahun lalu di Korea telah mendapat sambutan hebat  peminat tempatan dan kini sedang mempromosikan EP kedua, berjudul “Love Toxic”. 

 

Peminat kedua-dua bintang terkenal ini kini berpeluang memenangi hadiah lumayan menerusi Peraduan SUPER DAEBAK:

 

Hadiah Utama x 1:

Tajaan penuh pakej percutian (termasuk tiket penerbangan pergi-balik dan penginapan 3H/2M) untuk DUA orang ke Konsert Lee Min Ho dan Royal Pirates di Bangkok. 

 

Hadiah Saguhati x 5: CD Album Lee Min Ho & Royal Pirates

 

Untuk mendengar susunlagu SUPER DAEBAK, layari www.tontonmusic.com.my dan sertai diwww.tontonmusic.com.my/superdaebak untuk memenangi HADIAH UTAMA. Peraduan berakhir pada 10hb Disember 2014.

 

Pendaftaran akaun Tonton Music adalah PERCUMA.  Berhubung dengan Tonton Music di Facebook, Twitter dan Instagram menerusi akaun @tontonmusicmy untuk perkembangan terkini. Udada Ubabye!!




ED: peminat Lee Min Ho, apa lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi