Jumaat, 6 Februari 2015

(Zlurpp!!) Resipi mi hot plate ala EDtv

Hai, ada yg minta resepi mi hot plate ala EDtv. Resipinya sangat senang dan siapa2 pun boleh masak. Berikut resipinya..

Mi hot plate ala EDtv. Sedap....

Resipi:
1 kg mi kuning dicelur

Bahan untuk kuah:
3 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji lada kering
Kisar bahan di atas
1/2 ekor ayam dipotong kecil
5 batang Sosej ayam dipotong kecil
Sawi 
1 tin Cendawan
2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap manis (ikut suka)
Garam
Gula
Serbuk penambah perisa
Minyak untuk menumis
Air 2 liter
Tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air
2 biji telur

Cara2:
Mula2, panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi. 
Campurkan 2 kiub pati ayam.
Masukkan potongan ayam.
Campurkan potongan sosej ayam.
Masukkan 2 sudu besar sos tiram & 6 sudu besar kicap manis.
Kalau ada minyak bijan, boleh letak 1 sudu supaya harum.
Setelah ayam masak, masukkan 1 jug air kira2 2 liter air.
Biarkan kuah mendidih. Selepas itu, letak gula, garam dan penambah perisa secukup rasa.
Bolehlah masukkan sawi dan cendawan. 
Pecahkan dua biji telur ke dalam kuah.
Akhir sekali, letak tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air ke dalam kuah supaya pekat.
Siap untuk disajikan.

Mudah bukan? Selamat mencuba! Udada Ubabye!!



ED: dua kali masak mi hot plate minggu ini..

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi