Maaf, ini cadangan ED untuk penambahbaikan Anugerah Dramafestkl untuk masa akan datang:
1. Tolong calonkan drama yang tinggi ratingnya tanpa mengikut slot TV3 dan TV9. Barulah sengit sikit.. ED rasa ramai yg tertanya, kenapa drama KTAR dan Ariana Rose tak tercalon? Jawapannya, pencalonan drama semalam ialah 1 drama rating tertinggi untuk 1 slot sahaja. Untuk slot Akasia, drama Rindu Awak 200% yang tercalon kerana mencatat rating paling tinggi tahun lepas. Maaf, semalam drama dalam slot Azalea dan Aurora tidak tercalon langsung untuk top 5.
2. Jangan buat lagi drama2 pendek mencelah semasa pengacara belum habis lagi bercakap. Pening..
3. Jangan buat lagi penyampai anugerah ialah pelakon yg tercalon dlm anugerah yg akan dibacakan. Kalau dibuatnya menang, tak pelik ke?
4. Persembahan nyanyian, waktu raptai tolong ketatkan. Jika persembahan hambar, singkirkan sahaja persembahan itu.
5. Maaf, ED lebih suka pengacara formal untuk anugerah seperti ini seperti Saiful Nizam Ismail dan Fiza Sabjahan.
6. Set pentas nampak biasa. Akan datang, boleh letak props yang gah sikit.
Ini hanya cadangan. Jika elok, terimalah. Jika tak suka, abaikan. Tahniah untuk para pemenang semalam. Udada Ubabye!!
ED: majulah drama tempatan untuk Malaysia!
setuju dengan ED
BalasPadam