Khamis lepas, ED dah dimaklumkan tentang proses-proses terakhir sebelum buka braces. Cabaran terakhir agak susah bagi ED nak buat sebab jari tak sampai. Doktor membekalkan getah bersaiz besar untuk diletakkan pada tapak gigi bawah dan cangkuk gigi atas depan. ED kena pakai selama 3 bulan. Cabarannya, susahnya jari ED nak letak getah pada tapak gigi bawah yang hujung sekali. InsyaAllah, selepas 3 bulan, ada beberapa bulan lagi rawatan susulan sebelum braces dibuka. Dah nak hampir waktunya, nanti ED beritahu bila braces ED akan dibuka. Doakan semuanya berjalan lancar ye.. Udada Ubabye!!
ED: tahun ni raya masih berbraces...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan