Isnin, 6 April 2015

(Sembang) Pendapat ED tentang ABPBH 2014

Hai, alang2 ada tanya soalan ni, ED masukkan dlm entri blog hari ini la.. Ini soalannya..

Kalau boleh nak tanya pendapat abang edtv....abang edtv puas hati tak dengan pemenang2 semalam? 

Daripada: Fasihah Nordin
Hos ABPBH 2014 semalam. Sherry, AG dan Amy Mastura.

Ini pendapat ED ye.. Kalau ikut hati, ada pemenang bagi beberapa kategori yang ED tak setuju tapi ED tak boleh salahkan penganjur kerana syarat pertandingan memang berdasarkan 100% undian pembaca. Lagipun ED tak mengundi dlm anugerah ini, jadi kena terima keputusan orang lain. 

ED turut dilanda kebosanan menonton rancangan tersebut. Jujur, ED tengok tv sambil tanda buku semalam. Jadi, takde la masa ED terbuang begitu sahaja. Kalau boleh, ini cadangan ED sebagai penontonutk anugerah tersebut pada masa akan datang..

1. Buat undian pembaca utk hos. Hos yg paling banyak undi, barulah boleh jadi hos ABPBH. Cara ini mungkin akan menaikkan rating anugerah ini.
2. Pada peringkat awal, jika artis tidak banyak produk di media massa, tak perlu disenaraikan dlm senarai calon peringkat awal undian. Nanti kalau artis tu menang, jadi tanda tanya mcm semalam kerana penonton kini lebih memikirkan kualiti drpd populariti.
3. Kenapa tidak ada persembahan pentas spektakuler yg boleh diingati seperti ABPBH dulu2? Cuba kaji balik persembahan yg menjadi trend sekarang, pasti meriah pentas.
4. Bintang Paling Popular boleh diketatkan syaratnya. Contohnya, penganjur boleh beri syarat, hanya artis yg banyak menang awards pada tahun lepas je boleh menjadi finalis dalam kategori ini seperti Puteri Balqis, Shila Hamzah, Joe Flizzow, Alyah dan siapa2 lagi yg pernah menang berbagai awards.
Jadi, kalau mereka menang, orang dah tahu, dia ni pernah menang dlm anugerah sebelum ini. Berbaloi mereka bekerja keras kan?

Maaf, ini pendapat ED je.. Kualiti akan bertahan lama daripada kuantiti undian, kerana kuantiti undian boleh dimanipulasikan. Udada Ubabye!!



ED: maaf, jika ada yg terasa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi