Jumaat, 15 Mei 2015

(Cereka Ahad TV3) Sinopsis Kerana Dia Juga Cikgu

Sempena sambutan Hari Guru pada hari sabtu 16 Mei, TV3 menyiarkan sebuah telefilem yang penuh berpengajaran dan bertemakan guru berjudul, ‘Kerana Dia Juga Cikgu’ lakonan mantap Syafiq Kyle, Azhan Rani, Rita Rudaini dan adik Zikrie.


Syafiq Kyle sebagai Cikgu Adam.

Sinopsis:

Azhan Rani mengupah Syafiq Kyle menjadi guru kelas tambahan untuk mengajar anaknya yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun ini. Pada awalnya, Syafiq meragui kelayakannya sebagai guru kepada anak lelaki Azhan Rani. Namun Syafiq berjaya mengatasi keraguan pada dirinya itu, dan berasa seronok mengajar anak 12 tahun itu. 

Telefilem Kerana Dia Juga Cikgu ini mengisahkan Hakim (adik Zikrie) seorang pelajar darjah enam yang nakal dan malas belajar. Masa lapangnya diisi dengan permainan video dan keluar bersama kawan-kawannya kerana ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Oleh itu, Hakim sentiasa mendapat keputusan tercorot dalam darjahnya. Ini membuatkan ayahnya, En. Hanif (Azhan Rani) berang dan malu terhadap rakan-rakannya di pejabat kerana anak mereka sering meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam keadaan terpaksa, En. Hanif mengambil Adam (Syafiq Kyle) sebagai guru tuisyen kepada Hakim. Dalam keadaan terpaksa dan benci juga, Hakim berusaha untuk menyingkirkan Adam dari kehidupannya.

Isteri kepada Hanif, Pn. Azizah (Rita Rudaini), berasa serba salah dengan tindak tanduk suaminya, namun tetap akur demi masa depan anaknya. Hakim pula sering membuli guru tuisyennya, Adam dengan harapan Adam akan berhenti daripada menjadi guru tuisyennya.

Adakah Hakim tetap berkeras untuk bermalasan sehingga UPSR? Dapatkan jawapan anda dalam telefilem Kerana Dia Juga Cikgu, Ahad ini, 17 Mei 2015 dalam slot Cereka Ahad, jam 10.30 malam. Udada Ubabye!!


Sumber: galaksi media




ED: selamat hari guru

1 ulasan:

  1. Ceta terbaek.. Lagu pon best. Apa nama judul OST Kerana dia juga cikgu.?

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi