Ahad, 3 Mei 2015

(Sembang) Kenapa EDtv tak promote drama Hati Perempuan?

Hai, pagi tadi ED dapat soalan di instagram tentang kenapa EDtv tak promote drama Hati Perempuan di TV3.

Pelakon drama Hati Perempuan, Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad.

Ini soalan yang ED terima..

Setelah ramai yang nak tahu di facebook sebentar tadi, berikut alasan ED kenapa tak promote drama tersebut.

Sebenarnya ED memang tidak mengikuti drama ini kerana jujurnya, ED tak boleh masuk dengan jalan cerita ini. Kadang2 tengok2 gitu je.. ED tengok episod pertama drama ni tetapi tak tahulah, tak kena dengan jiwa kot jalan cerita drama ini. Montaj drama ni cantik, lagu latar pun best tetapi kerana jalan ceritanya yang sekejap suka, sekejap gaduh membuatkan ED tak larat nak tengok. Maaf, penggunaan bahasa istana dalam keluarga Tengku Zaril juga tak kena dengan hati ED. Rasa macam pelik je.. Kalau ED tak mengikuti sesebuah drama, ED senyap je.. Kalau ED sangat suka akan sesebuah drama macam Teman Lelaki Upahan, anda pun dapat tengok kemeriahannya di blog, facebook, twitter dan instagram.

Tak sangka pulak, ada yang perasan ED tak update drama Hati Perempuan macam drama Akasia sebelum ini. Maaf, ED jawab jujur ni. Jangan terpengaruh dgn kejujuran ED. Jika ada yang marah, anggaplah pendapat setiap orang berbeza. Yang penting, kalau tak minat tengok sesebuah drama, lebih baik senyap je.. Paling penting, anda mesti ingat, ED ni orang biasa dan apa yg ED update tentang drama mengikut suka hati ED sahaja tanpa dibayar atau disuruh oleh mana2 pihak. Udada Ubabye!!



ED: maaf jika terkasar bahasa

1 ulasan:

  1. I'm agree with your opinion . Si isterinya tu suka sangat perli, melawan, derhaka dekat si suami tu. Jangan ada penonton yang terikut-ikut perangai Yuhanis in real life sudah. Lagi satu, kat Malaysia wujud ke golongan yang macam Tg Zaril yg sentiasa jadi buruan wartawan ? It's too cliche. Ini Malaysia bukan Hollywood. Malaysia need hiburan yang berkualiti and memberi pengajaran macam Teman Lelaki Upahan dll . This is my sincere opinion . Thanks :)

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi