SAMARINDA: HIDAYAHMU RAMADAN
17 episod, bermula 4 Jun, Setiap hari Selasa – Khamis, 10.00 malam
Hidayah dan Nazir ialah sepupu yang
sangat rapat walaupun tetapi mereka berasal dari latar belakang yang
berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir
memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11
tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester
terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah
bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti
Nazir. Namun, segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam
kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula
memberi perhatian atas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu
Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana dia tidak rela menerima
Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyayangi Hidayah seperti
teman istimewanya.
ZEHRA: WADI
13 episod, bermula 26 Jun, Setiap hari Jumaat, 9.00 malam (Tonton Premiere bermula 20 Jun)
Ayah Wadi terkorban ketika cuba
menyelamatkan Wadi. Wadi dipersalahkan oleh ibu tirinya Zainah. Sejak
itu, Zainah amat membenci Wadi dan sering menderanya secara fizikal dan
mental. Wadi mencari ketenangan dalam aktiviti berlari. Dia bercita-cita
mahu menjadi seorang pelari yang professional. Wadi ialah atlit yang
paling pantas di sekolah dan dia telah memenangi banyak pingat. Suatu
hari, Wadi hilang kesabaran apabila Zainah membakar kesemua pingatnya.
Zainah hampir terbunuh dalam pergelutan. Wadi melarikan diri kerana
ketakutan. Dia kemudiannya mula hidup di jalanan. Apakah kesudahan hidup
Wadi?
AKASIA: SYURGA NUR
28 episod, bermula 6 Julai, Setiap hari Isnin – Khamis, 6.55 petang
Nur kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alinyang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai
dua orang anak lelaki, Kamil dan Adib yang tidak menyenangi kehadiran
Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur kini dikenali sebagai
seorang usahawan yang berjaya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur
tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Akhirnya, Nur
mendapat tahu rahsia Kamil apabila Kamil menolak untuk mengahwini Siti.
Nur berjumpa dengan Alin semula dalam sebuah mesyuarat. Adakah Nur akan
melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?
Sumber: Galaksi Media
Selamat menonton!
ED: Tiga-tiga drama sedih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan