Rabu, 23 September 2015

(Aidiladha TV3) Sinopsis telemovie Hajah Heathrow

Pasti ramai yang merindui lakonan Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ogy. Saksikan lakonan beliau bersama Fadhil Dani, Kuna, Nazeera Sardi, Izara Aishah dan Hafidz Rosdi dalam telefilem baharu, Hajah Heathrow yang turut disiarkan di TV3 nanti. Saksikan Hajah Heathrow (27 September, 10.30 malam di TV3)

Ogy Ahmad Daud sebagai Juriah

Sinopsis:

Berkisarkan Ramlan dan Juriah yang mendapat rezeki untuk menunaikan fardhu haji. Juriah mempunyai rasa untuk riak dan mempertikaikan jirannya, Datin Amnah yang hidup senang tetapi belum menunaikan haji. Dia tidak putus-putus menjaja usahanya mencari duit demi ke tanah suci. Malah Juriah juga merancang untuk membuat kenduri dengan hidangan seekor lembu. Ramlan menegur sikap isterinya tetapi Juriah menegakkan bahawa dia mahu menjadi contoh kepada penduduk sekampung yang lebih suka membeli emas dan saham daripada menabung di Tabung Haji. Suatu hari, Jasmin, anak mereka memberitahu bahawa dia mendapat kerja di Heathrow, London. Juriah mula teragak-agak kerana tarikh berangkat ke tanah suci ialah tarikh yang sama dengan penerbangan ke Heathrow. Ramlan terus mengingatkan Juriah mengenai usahanya selama ini mencari rezeki demi menunaikan haji yang lebih suci. Apakah pilihan Juriah?
Sumber: galaksi media
Best telemovie ni. Udada Ubabye!!


ED: selamat menonton

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi