Sabtu, 19 September 2015

(Sembang) Kenapa sekarang banyak produk kecantikan di Malaysia?

Perasan tak, sekarang ni banyak produk kecantikan tempatan ada di pasaran Malaysia. Banyak juga produk yang menggunakan selebriti terkenal sebagai duta atau pengasas produk itu sendiri. Contoh produk yang paling banyak sekarang ni ialah produk serbuk minuman pemutih, pelangsing dan menaikkan ketul2 di badan bagi lelaki. Tak kurang juga produk kosmetik.


ED rasa, anda pun perasan kan?

Minggu ini, ED baru dapat tahu kenapa banyak produk sebegitu di pasaran daripada sumber2 yg boleh dipercayai. Rupa2nya kebanyakan produk tersebut dibuat di Korea, Jepun dan Thailand dan dijenamakan balik dengan nama syarikat atau artis yang mahu berniaga. Jika anda ada duit, anda pun boleh jual produk kecantikan dgn nama anda sendiri. ED perhatikan, banyak produk kecantikan sekarang mempunyai botol atau bekas yang lebih kurang sama, hanya label je berbeza. Itu sahaja. Udada Ubabye!!

ED: mudahnya berniaga kan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi