Isnin, 30 November 2015

(Sembang) ED pun mengikuti Gegar Vaganza 2 tau!

Untuk pengetahuan anda, ED pun mengikuti Gegar Vaganza 2 tau walaupun takde Astro.

Jihan dan Nabil, hos Gegar Vaganza 2.

Antara sebab ED follow GV2 ni, Siti Nordiana.

ED mengikuti Gegar Vaganza 2 di blog Kepala Bergetar. Ini link nya:

Terima kasih blog Kepala Bergetar. Blog kesukaan ED ni.. Semua update drama tv ada. Semoga terus sukses dan memberikan perkhidmatan kepada kaki TV seperti ED. Udada Ubabye!!



ED: esok sambung tengok lagi..

Ahad, 29 November 2015

(Sembang) Baru ED tahu kepentingan label kunci ni..

Hai, ED baru sedar label kunci ni penting. Sebelum ni kalau tengok di kedai buku, nampak tak nampak je benda ni..

Label kunci. ED beli tadi di Mydin.

Lihat ni, label kunci ni ED letak di setiap pendrive ED. ED dah tulis nama dan nombor telefon pada label kunci tu. Mana tahu kalau tercicir, orang yang jumpa tu boleh hubungi ED. Pendrive ni penting kerana ED simpan banyak data kerja dan belajar di dalamnya.

Selain di pendrive, kita boleh label setiap kunci yang kita ada dengan nama dan nombor telefon kita. Penting jika kita tercicir kunci atau sebagainya. Jangan lupa, letak sticker dan tulis nombor telefon kita pada ic, lesen dan kad2 penting kita. Ini semua untuk keselamatan dan kemudahan orang menjejaki kita. Pensyarah ED yg beri tips ni. Terima kasih doktor. Udada Ubabye!!



ED: selamat mencuba

(Samarinda TV3) Sinopsis drama Aku Pilih Kamu

Hai, berikut sinopsis drama  bersiri baharu “Aku Pilih Kamu” lakonan Hafidz Roshdi (Rizman), Dayana Roza (Qasya Azara), Fazreen Rafi (Adam), Ryzal Jaafar (Farouk), Elizad Sharifuddin (Nadiya), Sasqia (Isabel), Zila Bakarin (Datin Rosnaida), Arash Mohd. (Dato’ Mizal), dan Rahhim Omar (Tan Sri Zainal), setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 10.00 malam, bermula pada 3 Disember 2015. Drama bersiri 15 episod arahan oleh Zul Huzaimy Marzuki ini merupakan hasil nukilan skrip oleh Rozie Rashid.
 
Dayana Roza dan Hafidz Roshdi sebagai teraju utama.

Sinopsis:
Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.
Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.
Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.
Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.
Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.
Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.
Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.
Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.
Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya? Saksikan “Aku Pilih Kamu” menerusi slot Samarinda TV3 pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 10.00 malam bermula 3 Disember 2015.
Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sumber, Budiey. Udada Ubabye!!

ED: menarik ni..

Sabtu, 28 November 2015

(Akasia TV3) Drama Tundukkan Harraz Naufal, akan datang 2016

Hai, eksklusif di blog EDtv, inilah drama adaptasi novel terbaharu slot Akasia TV3 2016. Dikhabarkan akan tayang selepas tamat drama Cinta Si Wedding Planner.

Drama Tundukkan Harraz Naufal adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan utama Uqasha Senrose sebagai Nurrin dan Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal.

Alif Satar sebagai Farhan dan Mawar Rashid sebagai Elfira.

Tahniah Hafidz Roshdi kerana semakin banyak pegang watak utama. Popularlah kamu selepas ini.
Sumber gambar: ig nizamzakaria

Terima kasih kepada pengarah produksi drama ini Joe Merong atas perkongsian info drama ini kepada EDtv. InsyaAllah, drama ini akan shooting pada Disember ini dan akan tayang pada Februari 2016. Udada Ubabye!!



ED: 2 drama adaptasi novel pembuka slot Akasia 2016

Jumaat, 27 November 2015

(Samarinda TV3) Drama Aku Pilih Kamu ganti Dhia Sofea

Hai inilah drama yang akan menggantikan Dhia Sofea.

Drama Aku Pilih Kamu mulai 3/12/15. Gambar di atas ialah para pelakon drama ini.

Hero dan heroin drama ini, Hafidz Roshdi dan Dayana Roza.

ED dah agak, selepas drama BAMS, Hafidz Roshdi pasti akan jadi hero drama2 di TV3. Ini salah satunya.

Siti Elizad pun ada tau!

Saksikan drama arahan Zul Huzaimy ini di slot Samarinda TV3. Sebelum ini tajuknya Demi Allah Aku Pilih Kamu, sekarang dah jadi Aku Pilih Kamu. Udada Ubabye!!



ED: lagu tema nyanyian Ippo Hafiz


Khamis, 26 November 2015

(Samarinda TV3) Episod akhir drama Dhia Sofea

ED nak sangat tahu kesudahan drama Dhia Sofea ni..

Episod akhir drama Dhia Sofea pada 2/12/15.
Sumber gambar: ig Amyra Rosli

Agak2nya Dolly nak mengaku tak kesalahan dia selama ini? Bagaimana kesudahan hubungan Dhia dan Jay Jay? Kena tengok ni episod akhir drama ni minggu depan. Udada Ubabye!!



ED: suka cerita ni..

(Aksi TV3) Drama Bodyguard, akan datang...

ED perhatikan, ada sahaja drama A. Aida di slot2 TV3. Akan datang, sebuah lagi drama terbaharu A. Aida akan tayang di slot Aksi. Tajuk drama tersebut, Bodyguard.

Antara pelakon drama Bodyguard, Idris Khan, Azrel Ismail, Ruhainies dan ramai lagi.

Nantikan kehadiran drama ini yang mungkin akan menggantikan drama Keluarga Pontimau. Udada Ubabye!!



ED: Ruhainies dan Idris antara pelakon yg sinonim dgn drama A. Aida

Rabu, 25 November 2015

(Sembang) Wajah baharu blog EDtv, akan datang...

Nantikan...


Wajah baharu blog EDtv, akan datang... Udada Ubabye!!



ED: 2016, 6 tahun usia blog EDtv

Isnin, 23 November 2015

(Zehra TV3) Drama Cinta Teruna Kimchi, akan datang 2016

Hai, berikut drama terbaharu slot Zehra TV3 yang dengarnya akan tayang pada Januari 2016.

Drama Cinta Teruna Kimchi lakonan Nazim Othman, Risteena dan Johan Asari.

Drama ini telah menjalani penggambaran di Korea. Nantikan drama terbaharu ini ye.. Udada Ubabye!!



ED: macam menarik kan?

Ahad, 22 November 2015

(AJL30) Tarikh siaran AJL30 2016

Hai, ED nak kongsi tarikh siaran AJL30 pada 2016 nanti..

Nantikan promo AJL30 pada tahun depan bersama Datuk Siti Nurhaliza

AJL30 akan bersiaran secara langsung pada 24/1/2016 di TV3. Nantikan tema yg akan digunakan dalam AJL30. Udada Ubabye!!



ED: anda pilih lagu mana?

(Sembang) Ending Wan Embong tergantung, ini jawapan pengarah dan penerbit..

Hai, semalam pasti ramai yg menonton Cerekarama TV3, Wan Embong. Serius, telemovie tersebut berbaloi ditonton kerana jalan ceritanya dan dibintangi pelakon2 hebat seperti Neelofa, Faizal Hussein, Vanidah Imran, Izreen Azminda, Datuk Rahim Razali dan Johan Asari. Namun, ending atau kesudahan cerita semalam menjadi tanda soal besar kepada penonton kerana penonton ingin lihat balasan kpd Cempaka yg jahat tu serta apa kesudahan nasib Wan Embong tetapi ending Wan Embong tamat setelah Seri membawa lari Wan Embong dan Seri kembali untuk menuntut kebenaran.

Neelofa dan Johan Asari

Jom kita lihat kenyataan pengarah Wan Embong tentang ending yg nampak tergantung semalam.

Penonton terkeliru dgn kesudahan cerita..Itu namanya pengarah nk penonton buat ending sendiri, teknik mcm ni byk pd teater, nk bg penonton berfikir dan dpt sesuatu dr cerita, tak telan bulat2, mengikut dimana tahap jiwa kta, klu kta jenis mempertahankan kebenaran, endingnya wan embong selamat dan terbukti x bersalah dan begitu sebaliknya.SEKIAN.
Sumber: komen Mak Mie di facebook Fadzil Teh

Apabila bertanya kpd penerbit drama ini, mungkinkah akan ada Wan Embong 2? Ini jawapannya...


Oh, ending semalam tu salah satu teknik ending dlm drama yg telah digunakan dlm teater. ED baru perasan, telemovie Erma Fatima juga banyak guna teknik ending ini. Penonton kena fikir sendiri. Udada Ubabye!!

ED: okelah, kita bayangkan Cempaka mati kena tikam dengan Seri.

Sabtu, 21 November 2015

(Sembang) 2016, fenomena drama gabungan pelakon senior dan junior

ED terbaca status facebook seorang penerbit drama yang berbunyi begini...

...InsyaAllah, 2016 akan beri lebih peluang pada pelakon lama menguasai stesyen stesyen tv kita...
Hari  tu meeting dgn orang kuat rtm.. mereka rindukan haliza misbun..
Tv3 dan tv9 akan mula menggabungkan nama baru dan lama dalam penerbitan drana drama mereka...
Sumber: Fadzil Teh

Haliza Misbun antara pelakon hebat 90 an.

Wah, mesti meriah ni! Kita tunggu dan lihat fenomena drama tv pada tahun 2016 nanti. ED ramalkan fenomena drama gabungan senior dan junior bakal menambat hati penonton. Maaf, dulu kita tak pernah langsung dengar istilah hero atau heroin kayu atau batu. Zaman sekarang je ada istilah tu kerana stesen tv lebih mementingkan aspek fizikal berbanding mutu lakonan pelakon. Udada Ubabye!!



ED: dari dulu ED suka tengok drama Melayu ni..

Jumaat, 20 November 2015

(Sembang) 5 sebab drama Alif Imani menarik untuk ditonton!

Hai, drama Alif Imani sangat menarik untuk ditonton. ED suka tengok drama ni. Nah, ED senaraikan 5 sebab kenapa drama ini menarik untuk ditonton.

Lakonan mantap Fezrul Khan, Ummi Nazeera, Fasha Sandha dan Amar Baharin.

1. Pertama, sudah tentu kehebatan para pelakon drama ini. Empat pelakon utama tu...

2. Jalan cerita drama ini mengharukan. Banyak babak2 sedih dalam drama ni. ED suka!

3. Montaj dan lagu tema drama ini sangat kena dgn jalan cerita ini.

4. Lakonan Ummi Nazeera mencuri perhatian. Suka tengok lakonan dia.. Fasha Sandha pun!

5. Semua watak dalam drama ini berkaliber. Tiada watak yang buat penonton rimas atau lemas.

Sesiapa yg ada saudara mara atau kawan yang kerja di TV9, tolong beritahu supaya drama ini disiarkan setiap hari isnin hingga khamis (macam slot Akasia TV3) tapi waktu malam sebab penat nak tunggu seminggu sekali drama ni. Terima kasih Suhan Movies kerana menerbitkan drama ini. Udada Ubabye!!



ED: memang best drama ni..

Khamis, 19 November 2015

(AJL30) Giliran persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik 30

Hai, lagu Lautan daripada Yuna telah diganti dengan lagu Hey Kau nyanyian Sandra dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 30.



Mungkin Yuna sibuk kot kat luar negara.

Berikut jadual giliran persembahan peserta separuh akhir Muzik Muzik 30.

Separuh akhir pertama
22/11/2015
* Langit Tetap Biru – Aizat
* Untuk Cinta – Hafiz & Adira
* Knock Knock – Elizabeth Tan
* Sampai Mati – Hazama
* Hantu Atau Buaya – Nana Sheme
* Cinta Yang Sempurna – Qanda
* Bukan Hal Aku – Kaka Azraff & Aliff
* Di Pintumu – Firman
* Melepaskanmu – Sakura Band
* Terima Kasih Cinta – Tasha Mansahar menampilkan RJ

Separuh akhir kedua
29/11/2015
* Hanya Namamu – Caliph Buskers
* Malam Ini Kita Punya – Bunkface
* Potret – Akim &The Majistret
* Not For Sale -Stacy
* Hey Kau – Sandra
* Syurga – Alyah
* Angin Kencang – Noh Salleh
* #Peristiwa – Sofazr, Asfan dan RJ
*Senyum – Aziz Harun
* Mana Mungkin – Black

Separuh akhir ketiga
6/12/2015
* Di Koyak Waktu – Ronnie Hussein
* Selalu Ada – Amir Jahari
* Tak Pernah Menyerah – Dayang Nurfaizah
* Al Nura Yang 5 dan 6 – Mawi, Hazama menampilkan Dali Filsuf
* Assalamualaikum – Faizal Tahir
* Siapa Diriku – Ayda Jebat
* Kau Tercipta – Lah Ahmad
* Nyawaku – Azmil
* Linangan Terakhir – Forteen

Sama2 kita nantikan 12 lagu yg bakal ke AJL30. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

(Sekolah) Tamat sesi persekolahan 2015

Selesai sekolah hari ini, tamatlah sesi persekolahan 2015. 

Hari ini jamuan akhir tahun di kelas ED. Konsep pot luck. Banyak juga makanan yg disumbangkan oleh ibu bapa.

Gambar kenangan itu penting bagi ED.

Esok bermulalah cuti sekolah akhir tahun.

Murid je cuti sekolah, cikgu masih perlu datang ke sekolah minggu depan untuk mesyuarat. Udada Ubabye!!



ED: selamat bercuti!

Rabu, 18 November 2015

(OST) Lagu latar Sayang Aku Rindu, Bahrain drama Kau, Aku, Kita TV3

Lagu latar drama Kau, Aku, Kita yang bertajuk Sayang Aku Rindu nyanyian Bahrain dah ada di youtube. Mari tengok..

Drama Kau, Aku, Kita lakonan Syarul Ridzuan dan Janna Nick semakin mendapat tempat di hati penonton.


Lagu Sayang Aku Rindu, nyanyian Bahrain. Lagu latar drama Kau, Aku, Kita di TV3.

Bagaimana? Dengar lagu ni, mesti korang teringat Im Aus dan Iman Firdaus kan? Udada Ubabye!!


ED: lagu Bahrain memang best pun..

(Sembang) Kucing Kuning dah mati

Setelah seminggu sakit dan tak nak makan & minum susu. Hari ini kucing ED yang membesar dengan botol susu akhirnya mati.

Si Kuning. Kucing yg manja, suka minum susu botol dan suka tidur dalam bakul sayur.

Nak tahu tak, Kuning seakan tidak mahu kami sedih, dia mati di belakang rumah di sebalik semak. Selalunya dia memang tidur dalam rumah. Hari ini, memang ED sekeluarga cari Kuning di sekitar rumah. Tak jumpa pun. Tetapi kucing ED yg bernama Tim Tam tadi yang mengiau-ngiau dan menunjukkan arah kucing Kuning. Bila Tim Tam mengiau, kami pelik dan tengok dia berlari ke semak. Bila kami ikut, rupa2nya dia nak tunjuk uang kucing Kuning dah mati. Udada Ubabye!!



ED: tinggal Tim Tam sekor je lagi kat rumah..

Selasa, 17 November 2015

(Sembang) Senyum ada makna

Alhamdulillah, hari ini pada awalnya agak mendebarkan tetapi hujungnya mengukir senyuman.

ED habis kuliah lewat tadi. 7.15 baru habis. Senyum sahaja.

ED senyum hari ini untuk 2 makna. Senyuman pertama untuk murid2 ED yang dapat A dalam UPSR pagi tadi. Senyuman kedua setelah ED hantar 2 assignment yang agak mencabar petang tadi, tarikh hantar memang minggu ni. Dua2 perkara tu mendebarkan ED pada awalnya. Kalau tengok mata ED, mata tak cukup tidur tu... Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah..

Isnin, 16 November 2015

(Iris TV3) Sinopsis drama Abang Sado Jemur Kain

Hai, mulai 6.30 petang ini bermulalah siaran drama baharu slot Iris iaitu drama Abang Sado Jemur Kain.

Para pelakon drama ini, Shah Jaszle, Janna Nick, Cat Farish, Lan Siro, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan, dan Kartina Aziz.

Sinopsis.

Drama 20 episod ini mengisahkan Marzuki (lakonan Shah Jaszle), Budin dan Riduan (lakonan Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu.
 
Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.

Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang beristirehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan. 

Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam. 

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng.
 
Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu? 

Semuanya terjawab dalam drama bersiri Iris : “Abang Sado Jemur Kain” pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang nanti hanya menerusi saluran 103 (TV3). Sumber: galaksi media. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

Sabtu, 14 November 2015

(AJL30) 30 lagu yang berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik 30

Tahniah, berikut 30 buah lagu yg berjaya mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 30.


1. Kaka - bukan hal aku

2. Ayda Jebat - siapa diriku

3. Lah Ahmad - kau tercipta

4. Stacy - not for sale

5. Firman - di pintumu

6. Black - mana mungkin

7. Forteen - linangan terakhir

8. Ronnie - dikoyak waktu

9. Aziz Harun - senyum

10. Amir Jahari - selalu ada

11. Nanasheme - hantu atau buaya

12. Faizal Tahir - Assalamualaikum 

13. Tasha Manshahar - terima kasih

14. Noh Salleh - angin kencang

15. Mawi - alnuraa yang 5 yang 6

16. Hafiz dan Adira - untuk cinta

17. Yuna - lautan

18. Dayang Nurfaizah - takkan pernah menyerah

19. Aizat - langit tetap biru

20. Akim & The Majistret - potret

21. Alyah - syurga

22. Azmil - nyawaku

23. Bunkface - malam ini kita punya

24. Caliph Buskers - hanya namamu

25. Drama band - biarkanlah

26. Elizabeth Tan - knock knock

27. Hazama - sampai mati

28. Kanda - cinta yang sempurna

29. Sakura band - melepaskanmu

30. Sofazr, Asfan, RJ - peristiwa

Nantikan Separuh Akhir Muzik Muzik 30 pada 22/11, 29/11 dan 6/12/2015. Udada Ubabye!!



ED: kita tengok lagu mana yg mara ke AJL30

Jumaat, 13 November 2015

(Sembang) Beli TV LED di Lazada

Alhamdulillah, TV LED yang ED order di Lazada dah sampai hari ini. ED order hari Rabu 11/11/15 yg ada sale online revolution tu...

TV ni untuk bilik ED. 

First time beli secara cash on delivery di Lazada. Terima kasih Lazada  kerana perkhidmatan yang memudahkan pembeli.

ED sengaja beli tv ni pada hari Rabu lepas sebab Lazada ada sale online revolution. Lihatlah, memang berbaloi beli di Lazada. ED dah survei kat kedai luar, tak dapat harga macam ni.

12/12/15 ada lagi sale di Lazada tau. Udada Ubabye!!



ED: terima kasih Lazada..

Khamis, 12 November 2015

(Ratu TV9) Sinopsis drama Alif Imani

Hai, drama Alif Imani akan ditayangkan bermula hari Jumaat ini 13/11/15 di slot Ratu TV9. Berikut sinopsis drama ini.

Drama Alif Imani menggandingkan, Ummi Nazeera, Fezrul Khan, Fasha Sandha dan Amar Baharin selaku teraju utama. 

Sinopsis:

Alif Imani mengisahkan mengenai, Imani (Ummi Nazeera), gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim mula mendapat sinar bahagia apabila dia diambil Suri (Fasha Sandha) untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Suri, sudah berkahwin dengan Aliff (Fezrul Khan) mula dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit jantung yang serius. Kerana tahu hidupnya bila-bila saja boleh terhenti, Suri perangkap Imani dan Alif agar mereka bernikah.  Imani dan Alif telah ditangkap basah, Suri meluahkan keizinannya agar Alif bernikah dengan Imani, mereka berdua terpaku tidak percaya dengan permintaan Suri. Aliff menolak kerana dia  tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu.

Biarpun dia anak yatim, dia berhak untuk memilih hidup sendiri. Tapi nasihat daripada Suri merelakan perkongsian kasih mereka, membuatkan Imani tidak berdaya lagi menolak permintaan Suri. Dua bulan perkahwinan, Imani dan Alif merupakan waktu paling terseksa bagi Imani. Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. Alif menuduh Imani sengaja memerangkapnya kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya. Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi Imani tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan diri setelah permintaan untuk diceraikan Aliff tidak ditunaikan.

Sehinggalah Aliff mengetahui kebenaran daripada Suri sendiri, yang mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin, satu-satunya anak mereka. Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah. Alif cuba untuk mencari Imani tetapi gagal mengesannya lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjaga Suri hinggalah setahun kemudian Suri meninggal dunia. Kerana dua wanita itu, Alif hidup menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah dia mencari Imani tapi hampa.

Tiga tahun berlalu, Imani bersyukur setelah tamat pengajian, dia ditawarkan untuk berkerja disebuah butik miilik Dato’ Rohani. Perwatakan manis Imani yang sentiasa tenang dan tersenyum telah mencuri hati Rafiq (Amar Baharin), yang juga anak kepada Dato’ Rohani. Rafiq telah beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki. Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri Alif.  Adakah Iman perlu mengorban rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif? Sumber: facebook galaksi media

Menarik bukan? Ikuti pelayaran kisah cinta penuh dilema dalam Alif Imani,  setiap Jumaat, 8.30 malam di TV9. Drama 14 episod ini adalah drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang diarahkan oleh Keoi Hj. Khalid manakala skrip oleh Wan Mahani.  turut Jika anda ketinggalan untuk mengikuti drama ini sila layari www.tonton.com untuk siaran ulangannya. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

Rabu, 11 November 2015

(Akasia TV3) Episod akhir drama Hello Mr. Perfect!

Minggu depan episod akhir drama drama Hello Mr. Perfect!

Fattah Amin dan Ruhainies. Bagaimana kesudahan cinta Alya dan Izzul? Bagaimana pula kesudahan kejahatan Ain kepada Alya?

Saksikan kemuncak drama ini pada 17/11/15. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

(Study) Dugaan buat tesis - bahagian 1

Ya Allah, hari ini menduga kesabaran..

Keluar dari fakulti, mendung... Langit ni, macam tahu2 je perasaan ED tadi.

Waktu cuti sekolah deepavali seminggu ni, ED tak pergi manapun. ED nak tumpu perhatian pada tesis. Hari ini pertemuan kedua ED bersama penyelia tetapi inilah yg berlaku. ED dah buat janji temu pada pukul 11 pagi tetapi sampai pukul 2.30 petang, penyelia tak datang2. Hantar sms tak berbalas, telefon masuk peti suara. Akhirnya, ED pergi ke pejabat fakulti untuk minta bantuan staf di sana. Staf cakap, penyelia ED dah punch card pagi tadi. Persoalannya, di manakah dia?

Rupa2nya, setelah staf telefon suami penyelia tersebut, suami dia maklumkan bahawa isterinya sakit. Lepas punch card, penyelia ED terus patah balik sebab tak sihat. Sabar je la... Udada Ubabye!!

ED: ini cobaan.....

(Instamadah) Koleksi instamadah EDtv (part 2)

Nah, koleksi instamadah lagi di blog ini sebelum ED padam di ipad.


























Banyak juga ED dah buat instamadah ni. Nanti ED sambung lagi ye.. Udada Ubabye!!



ED: kalau suka, simpanlah..

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi