Ahad, 29 November 2015

(Sembang) Baru ED tahu kepentingan label kunci ni..

Hai, ED baru sedar label kunci ni penting. Sebelum ni kalau tengok di kedai buku, nampak tak nampak je benda ni..

Label kunci. ED beli tadi di Mydin.

Lihat ni, label kunci ni ED letak di setiap pendrive ED. ED dah tulis nama dan nombor telefon pada label kunci tu. Mana tahu kalau tercicir, orang yang jumpa tu boleh hubungi ED. Pendrive ni penting kerana ED simpan banyak data kerja dan belajar di dalamnya.

Selain di pendrive, kita boleh label setiap kunci yang kita ada dengan nama dan nombor telefon kita. Penting jika kita tercicir kunci atau sebagainya. Jangan lupa, letak sticker dan tulis nombor telefon kita pada ic, lesen dan kad2 penting kita. Ini semua untuk keselamatan dan kemudahan orang menjejaki kita. Pensyarah ED yg beri tips ni. Terima kasih doktor. Udada Ubabye!!



ED: selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi