Jumaat, 18 Mac 2016

(Review) 10 ulasan ED tentang novel Tunangku Tidak Tampan

Hari ini berjaya juga ED habiskan baca novel Tunangku Tidak Tampan.  Serius, berbaloi beli novel ni sebab pengisiannya bukan sekadar cerita tetapi diindahkan lagi dgn beberapa potong tafsir Quran dan hadis. Memang kena dengan situasi dunia zaman sekarang. Berikut 10 ulasan ED tentang novel 3T ni.. 

1. Watak Zam seakan dekat dengan kita. Kita rasa sentiasa nak tahu tentang hidup dia dlm novel ni.

2. Jalan cerita novel ini memang amat sangat sedih nian. Tapi ED tak nangis. Hehe.. ED memang suka jalan cerita yg sedih2 macam ni.

3. ED suka realiti kehidupan yg diketengahkan penulis dalam novel ni tentang cikgu, orang kaya dan orang bijak agama serta banyak lagi.

4. Tak habis lagi part sedih, ED rasa banyak part2 sedih dalam novel ni. Memang boleh feel kesedihan watak2 dlm novel ni. Lebih2 lagi babak2 kematian tu...

5. Ni pun antara yg ED suka, banyak unsur suspend digunakan dlm novel ni. Tak ubah seperti menonton telenovela ketika membacanya. Ada juga kata dalam hati, "jangan... jangan..." bila baca babak2 yg mendebarkan. Serius, berdebar beb!

6. Watak Yuyu, membuatkan kita nak jumpa dia dalam alam realiti kalau dia betul2 ada. So sweet Yuyu ni!

7. ED suka part cinta antara Teacher dan Yuyu kepada Zam. Dua2 perempuan baik dan cantik sukakan Zam yg mukanya berparut. Kita jadi tak sabar nak tahu kesudahan novel ni. ED rasa tulisan2 tentang cinta dlm novel ni sesuai dgn ED yang masih belum bertemu jodoh.

8. ED tak tahu la, ED dapat rasa penulis seakan mengaitkan apa yg terjadi di negara kita dalam novel ni. Kalau betul, ED setuju 100% dengan penulis.

9. Watak Abang Jaga, antara watak penting novel ni rupanya. ED sempat ketawa bila baca babak Safiya yg asyik menangis tengok Abang Jaga, lepas tu penjual burger, lepas tu Abang Jaga balik. Nak tahu, kena baca sendiri.

10. Tak dapat bayangkan kalau novel ini berjaya didramakan. Difilemkan pun ok! Jalan ceritanya best kuasa 10. 

ED tak nangis tetapi sedih baca novel ni. ED memang susah nak nangis kalau tengok drama atau baca novel ni. ED tak nak cite sinopsis novel ini sebab nanti kalau korang yg belum baca membacanya, jadi tak best pulak. Sebabnya, banyak unsur suspend dalam novel ni. Terima kasih Abang Bikai atas karyanya. Penulisan yang padat dengan kajian dan penyelidikan. Udada Ubabye!!



ED: patutlah tergerak hati nak beli novel pertama ni..

2 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi