Clever Girl Malaysia telah bersiaran langsung buat kali pertama pada malam Ahad yang lalu. Pelbagai desas-desus merancakkan perbualan di platform maya sehinggakan hashtag #Clevergirlmy telahpun trending nombor satu malam itu. Selain desas-desus yang rancak berbisik itu, Clever Girl Malaysia turut berbangga dengan kejayaan Sarah Adibah, Clever Girl Sabah dinobatkan juara mingguan dan memenangi wang tunai RM1000 serta imuniti daripada penyingkiran pada minggu kedua ini.
Adalah peraturan Clever Girl Malaysia dalam pusingan akhir dimana dua peserta yang mampu meraih markah tertinggi akan bertarung demi gelaran juara mingguan dan imuniti penyingkiran pada episod seterusnya. Manakala, dua peserta yang mempunyai markah tercorot akan bertarung demi meneruskan perjalanannya dalam Clever Girl Malaysia. Ini bermakna, peserta yang kalah pertarungan pusingan akhir itu akan disingkirkan.
Perbualan hangat pada malam itu tertumpu pada Arina, Clever Girl Selangor dan Wan Zarith Sofia, Clever Girl Johor kerana kedua-duanya mendapat markah tercorot. Namun, bukanlah kedudukan mereka yang tercorot itu yang menjadi perbualan hangat pada malam itu, malah ianya kerana kegagalan mereka untuk menjawab soalan-soalan yang dikatakan mudah. Namun begitu, kesilapan mereka ini berjaya mewujudkan perbualan hangat di laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter sehingga hashtag #clevergirlmy trending selama dua hari sehingga Isnin.
Sofia.
Menurut Clever Girl Johor, Sofia, beliau tidak menyangka keadaan sewaktu tidak berada di atas pentas amat berbeza dengan keadaan sebenar ketika berada dalam tekanan tontonan jutaan penonton. Tambahan pula, ini merupakan kali pertama Sofia untuk berada dalam program realiti.
“Atas kegugupan yang saya rasai ketika itu, saya tersasul ketika menjawab salah satu soalan yang diajukan kepada saya. Walau bagaimanapun, saya meminta maaf kerana telah mengecewakan warga JDT dan semua penyokong saya. Saya berjanji untuk menjadi lebih peka, menjaga kesihatan, dan menyediakan diri saya secara fizikal dan secara mental untuk minggu kedua ini. Namun semuanya di luar bidang kuasa saya dan apa jua yang saya usahakan, saya tetap akan redha pada ketentuan Allah. Sekiranya ada rezeki saya untuk berjuang pada minggu hadapan, ada lah saya.” Ujarnya lagi.
Permainan Clever Girl Malaysia ini merangkumi empat segmen utama, iaitu Clever Girl Bersamamu, Clever Girl Malaysia Pusingan Pertama, Clever Girl Malaysia Pusingan Kedua, dan Clever Girl Malaysia Pusingan Akhir. Dalam segmen Clever Girl Bersamamu, paparan rakaman peserta Clever Girl Malaysia membuat aktiviti khidmat masyarakat disiarkan. Program khidmat masyarakat ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim para peserta dengan masyarakat.
Dalam segmen Clever Girl Malaysia Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua pula, para peserta akan dikemukakan 10 soalan dalam setiap segmen. Bezanya adalah dalam segmen Pusingan Pertama, setiap soalan bernilai 5 markah sahaja. Manakala, dalam segmen Pusingan Kedua, jumlah markah untuk setiap soalan berbeza-beza daripada 10 markah hingga 100 markah. Dua peserta yang berjaya mengumpul jumlah markah tertinggi dalam Pusingan Pertama dan Pusingan kedua akan mara ke Clever Girl Malaysia Pusingan Akhir demi merebut gelaran juara mingguan dan imuniti penyingkiran pada minggu seterusnya. Manakala, dua peserta yang tercorot akan turut mara ke Pusingan Akhir untuk bertarung demi mengekalkan dari dalam Clever Girl Malaysia. Ini bermakna, peserta tercorot yang kalah dalam Pusingan Akhir akan disingkirkan.
Apa yang lebih mengujakan dalam pusingan terakhir ini, para penonton berpeluang untuk membantu para peserta menjawab soalan-soalan yang sukar dengan bantuan, Tanya Malaysia melalui 2 cara, melalui laman web www.tv3.com.my/clevergirl atau melalui Hashtag Twitter. Dengan melayari www.tv3.com.my/clevergirl para penonton akan dibawa ke skrin yang memaparkan soalan tersebut dan para penonton boleh memilih antara jawapan objektif A,B,C atau D. Andai para penonton hendak membantu clever girl sokongannya melalui Twitter, para penonton hanya perlu menggunakan hashtag #clevergirlmy dan memberikan hashtag pilihan jawapan #A, #B, #C atau #D sebagai contoh #clevergirlmy #C. Bantuan dari Malaysia pasti menjadi talian bantuan yang penting buat peserta Clever Girl Malaysia yang mewakili negeri masing-masing.
Clever Girl Malaysia yang dikemudikan oleh hos Alif Satar, bersiaran dengan penaja rasmi, Lady’s Republic, “Menyingkap Rahsia Kecantikan Abadi”. Keanggunan para peserta Clever Girl Malaysia telah digayakan oleh BawalScarf by Aidijuma dan BlossomRTW by BlossomBoxStore selaku Penaja Bersama. Rancangan ini turut ditaja oleh Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak. Clever Girl Malaysia turut mendapat sokongan geng-geng media seperti Berita Harian, New Straits Times, radio-radio hangat Hot FM dan Fly FM, serta portal video nombor satu negara Tonton.
Perak? Kelantan? Sarawak? Johor? wakil negeri manakah yang bakal memenangi hadiah utama wang utama RM100,000? Berikan sokongan anda kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Ahad bermula 13 Mac 2016 pada jam 9.00 malam di TV3. Para penonton juga berpeluang untuk mengikuti perkembangan dan persiapan Clever Girl Malaysia dalam Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016 lalu.
Para penonton turut dijemput untuk memeriahkan dunia maya Clever Girl Malaysia dengan penggunaan hashtag #clevergirlmy. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Udada Ubabye!!
Sumber: galaksi media
ED: biasa la tu, semua pernah gugup kan?


perak! he3..
BalasPadam