Pagi tadi ada murid yang diganggu makhluk halus di sekolah ED. Percaya atau tidak, terserah anda.
Murid ini tiba2 menangis sambil memegang dahinya yg kesakitan. Menurutnya, sedang dia menulis tiba2 ada objek laju seperti peluru kena dahi dia. Pelik tapi benar. ED bawa dia ke bilik guru untuk tenangkan murid ini. Bila ED cek dahinya, tiada apa2 kesan.
Selain murid ini, ada 2 orang murid perempuan dlm kelas yg sama menangis ketakutan kerana menurut sumber, mereka nampak makhluk halus tu dalam kelas. Alhamdulillah, tidak ada yg serius. Semua dapat diatasi. Itu sahaja yg dapat ED kongsi. Udada Ubabye!!
ED: pengalaman pertama berdepan situasi ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan