Ahad, 15 Mei 2016

(Eksklusif) Mulianya hati Saharul Ridzwan

Siapa kat sini peminat Saharul Ridzwan?
ED ada sebuah cerita eksklusif untuk anda tentang Saharul Ridzwan. Cerita ini akan membuatkan anda lebih kagum, lebih suka & lebih respek dengan pelakon ini.

Saharul Ridzwan
Gambar: www.pepatung.com.my

Begini ceritanya, hari ini ED terbaca status facebook Tuan Haji Fadzil Teh (penerbit Zeel Production) yang ini...

Terkejut ... Saya dah buat drama dah hampir 15 tahun dah bekerja dengan puluhan artis dari zaman ogy ahmad daud hinggalah ameera rosli. Tak pernah lagi bila saya buat  bayaran kepada artis , Artis tu akan call  dan pulangkan kembali bayaran kerana tak puas hati dgn komitment yg diberikan... 

Tapi inilah  yg terjadi semalam bila saya bayar baki bayaran kepada seorang artis baru yg popular ni.. Dia call dan dengan nada sayu dia bersuara.  

Haji, Saya rasa nak pulangkan separuh dari bayaran itu semula kepada haji. Sebab saya rasa saya tak berikan full komitment dgn kerja dan watak saya ni.  Saya tak boleh. Saya rasa mcm tak berbaloi bila haji bayar saya penuh sedangkan ada beberapa scene yang  saya tak datang dan tak dapat buat. Saya rasa bersalah dan menyusahkan production haji.

Saya ingat dia main-main. Tapi pagi ni memang betul bila dia whatsapp bukti dia transfer wang ke akaun saya.,,,

Alhamdulillah saya doakan dia terus maju jaya dan menjadi artis contoh kepada artis artis baru yang lain.

Tapi ada jugak jenis pengarah yang payment ambik penuh tapi kerja tak buat sepenuhnya. Oh dunia hiburan !!!!!!!!

Selepas itu, ED terus cari kepastian...

Bukti perbualan ED dgn Tn. Hj. Fadzil Teh di whatsapp.

Tengok, Saharul Ridzwan memulangkan separuh duit bayaran gaji kepada penerbit kerana tanggungjawabnya. Mulianya hati Saharul Ridzwan! Tak pernah lagi Tuan Haji Fadzil Teh jumpa artis sepertinya. Alhamdulillah. Udada Ubabye!!



ED: semoga bertambah murah rezeki...

3 ulasan:

  1. Memang pon..sangat salute orang macam tu..terbaik.. He is such a gentleman..memang idola anak muda sekarang

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,tahniah Saharul kerana menjadi contoh kepada anak2 muda...lagipn dh nak kawin tu. Mulakan hidup di alam rumahtangga dengan duit yg halal kan...bangga ada artis camni di Malaysia sekarang.

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi