Balik dari kuliah petang tadi, ada seekor anjing lalu dekat kereta ED. Sebenarnya ED risau anjing tu kejar, jadi ED berhenti seketika di satu tempat. Tunggu sampai anjing tu pergi. Kebetulan pulak, di belakang ED ada seorang student perempuan India. Dia pun berhenti juga. Dia tanya kereta parking mana? Apakah yg berlaku? Baca kesudahan cerita ini...
Inilah anjing itu...
Selepas anjing tu pergi naik atas bukit (seperti dalam gambar), ED tanya student India tu, "awak pun takut anjing juga ke?" Dia jawab, "takde la, saya biasa2 saja". Oh, baru ED faham! Rupa2nya dia nak tolong ED halau anjing tadi. Tapi anjing tu dah pergi dulu. Alhamdulillah, ada orang nak tolong ED petang tadi. Indahnya Malaysia, tak kira apa bangsa, tetap ada semangat kerjasama. Udada Ubabye!!
ED: perempuan pulak yg nak halau anjing tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan