Sabtu, 31 Disember 2016

(Video) 3 promo drama Jejak Karmila TV3

Jom tengok ketiga-tiga video promo drama Jejak Karmila.

 
Mia Ahmad sebagai Suraya


Promo 1

Promo 2


Promo 3

Nantikan mulai 11 Januari 2017 di slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!



ED: best ni..

Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv sepanjang 2016

Inilah 10 drama kesukaan ED sepanjang 2016. ED dah susun dari nombor 10 hingga nombor 1 mengikut drama yang ED suka tengok. 

10 drama kesukaan ED pada tahun 2016.



 Pelakon utama Sura Sojangi, Zahiril Adzim dan Niezam Zaidi.



 Pelakon utama Elvina, Ben Amir dan Amirul Faqeem.



 Pelakon utama Niezam Zaidi dan Farah Nabila.



 Pelakon utama Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli.



 Pelakon utama Raja Afiq dan Niena Baharun.



 Pelakon utama fasha Sandha dan Nazim Othman.



 Pelakon utama Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam.



 Pelakon utama Siti Elizad dan Adi Putra.



 Pelakon utama Shukri Yahaya dan Siti Saleha.




Pelakon utama Mia Ahmad dan Ashraf Muslim.


ED tak nak ulas apa2 sebab sebelum ini ED ada ulas tentang drama2 di atas di blog. Cukup gambar dan pelakon utama sahaja. Kalau drama kesukaan anda takde dalam senarai ni, jangan marah sebab carta ini ED senaraikan mengikut drama yang ED suka tengok pada tahun ini. Relax, carta ni sekadar sembang suka2 je.. Adakah drama kesukaan kita sama? Udada Ubabye!!



ED: Selamat Tahun Baharu 2017

Jumaat, 30 Disember 2016

(Dahlia TV3) Selepas drama Cinta Roller Coaster, bukan drama Meh, Sandar Pada Aku!

Maaf, ED ingatkan selepas habis drama Cinta Roller Coaster di slot Dahlia TV3, drama Meh, Sandar Pada Aku akan tayang. Rupanya bukan..

Tengok dulu drama ini di Tonton ye..

Selepas habis drama Cinta Roller Coaster, TV3 akan menayangkan kembali drama Eksperimen Cinta lakonan Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda. Harap maklum. Udada Ubabye!!



ED: relax dulu...

(Zlurpp) Kerepek popiah sambal

Sedap dan pedas..

Inilah kerepek popiah sambal. Sambalnya sedap!

ED beli dgn rakan sekerja. Sebekas ni RM18 500gram.

Orang2 JB yg nak beli, ni no telefon penjual tu.

Serius, memang sedap dan pedas! Udada Ubabye!!



ED: terbaik!

Khamis, 29 Disember 2016

(Samarinda TV3) Tarikh siaran drama Kerana Anisa

Iklan dah keluar tetapi bilakah tayangan drama Kerana Anisa di TV3?

Drama Kerana Anisa mulai 9 Januari 2017 di slot Samarinda TV3. Lakonan Zara Zya, Fahrin Ahmad dan ramai lagi.

Nantikan! Udada Ubabye!!



ED: drama sedih ni..

Rabu, 28 Disember 2016

(Akasia TV3) Nantikan drama lakonan Ayda Jebat lagi pada 2017

Ayda Jebat akan kembali lagi menjadi heroin drama Akasia TV3 pada 2017.

Ayda Jebat

Tajuk drama ED tak tahu lagi tetapi drama itu bukan drama adaptasi novel. Sama2 kita nantikan. Udada Ubabye!!



ED: pernah menjadi heroin Rindu Awak 200%

(Zehra TV3) Tarikh siaran drama Jejak Karmila

Berikut tarikh siaran drama adaptasi novel, Jejak Karmila.

Drama Jejak Karmila mulai 11 Januari 2017. Lakonan Kak Ogy, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley dan ramai lagi.

Nantikan di slot Zehra TV3. Terima kasih Haji Zil atas gambar poster ini. Cantik kan? Udada Ubabye!!



ED: lamanya tunggu slot Zehra ada balik...

Selasa, 27 Disember 2016

(Sembang) Segmen Sekolah berpindah ke blog baharu

Tiada lagi segmen Sekolah di blog EDtv. Segmen Sekolah dah berpindah ke blog yang baharu, Blog Cikgu Zahidi.



Blog Cikgu Zahidi ni tentang pendidikan. Ada segmen Sekolah, Bahasa Melayu, Download dan banyak lagi. Mungkin boleh menmbantu cikgu2 dan pelajar. InsyaAllah. Udada Ubabye!!



ED: jemput follow

(Sembang) Drama Jejak Karmila dan Kerana Anisa tayang Januari 2017

2 drama TV3 ini akan ditayangkan pada Januari 2017.

Drama Jejak Karmila lakonan Mia Ahmad dan Ruhainies (Zehra) dan Kerana Anisa lakonan Zara Zya (Samarinda). Drama Meh, Sandar Pada Aku lambat lagi tayang di tv3.
Gambar: instagram

Nantikan. Udada Ubabye!!



ED: drama favourite korang?

(Dahlia TV3) Drama Cucu Tauke Beras, Jojie Gigil dan Misi Laksa dan Laksam, akan datang 2017...

3 drama terbaharu ini menanti anda pada tahun 2017 di slot Dahlia TV3.

Drama Misi Laksa dan Laksam, Jojie Gigil dan Cucu Tauke Beras.

Jika tak silap, drama ni yg shooting dulu..

Pertama, drama Cucu Tauke Beras lakonan Azrel Ismail dan Zahirah Macwilson.
Gambar: ig nuyulhussin


Selepas itu, drama Jojie Gigil lakonan Elvina dan Ben Amir.
Gambar: ig elvinamohamed

Yg terkini drama Misi Laksa dan Laksam lakonan Rita Rudaini dan Aqasha.
Gambar: ig ritrud727

Kita tengok drama mana tayang dulu. Yg ED tahu, drama pembuka slot Dahlia 2017 ialah drama Meh, Sandar Pada Aku. Udada Ubabye!!



ED: nantikan!

Isnin, 26 Disember 2016

(Zlurpp) Biskut Gery Saluut Malkist Keju

First time, beli dan nak rasa biskut yg sedang viral di media sosial..

Biskut Gery Saluut Malkist Keju.

Inilah rupanya.. Biskut gula dilapisi krim keju di belakangnya.

Mmmm.... Sedap! 

Harganya sebungkus RM4.50. ED beli dgn kawan sekerja yg balik kampungnya di Sarawak. Patutlah viral, sedap rupanya.. Udada Ubabye!!



ED: cubalah..

Ahad, 25 Disember 2016

(Sembang) Drama Suri Hati Mr. Pilot carian keempat tertinggi drama di Google Singapura

Hai, kalau ikut populariti atau trending, ED rasa drama Suri Hati Mr. Pilot berjaya mendapatkannya. Drama Suri Hati Mr. Pilot menduduki carian pertama tertinggi drama tv di Google Malaysia dan menduduki tempat keempat carian tertinggi di Google Singapura.

Pelakon utama Neelofa dan Fattah Amin.

Jom lihat 10 carian tertinggi drama di Google Singapura.

TV Shows 
 1) Descendants of the Sun 
 2) Sinetron Samson Dan Dahlia 
 3) Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo 
 4) Suri Hati Mr Pilot 
 5) Uncontrollably Fond 
 6) Bigg Boss 9 
 7) Love in the Moonlight 
 8) Doctors (Korean Drama) 
 9) Cinderella and Four Knights 
 10) Game of Thrones Season 6

Sumber: Google Trends

Tahniah untuk semua team drama Suri Hati Mr. Pilot. Udada Ubabye!!



ED: aura lofattah

(Sembang) Oh, rupanya kek duit anak Che Ta, bukan duit betul...

Oh, dalam Melodi tadi, Che Ta memberitahu bahawa kek duit sewaktu birthday anak keduanya bukannya daripada duit sebenar.

Kek duit tersebut.
Gambar: ig rozitachewan1

Duit dalam kek tu hanyalah duit cetak (print). Siapa2 yg dah salah faham, minta maaf kat Che Ta ye.. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: cantik kek tu

(Sembang) Top 10 carian Google 2016

Jom tengok carian tertinggi Google sepanjang 2016.

Malay Dramas (Drama Melayu)
1) Suri Hati Mr Pilot
2) 7 Hari Mencintaiku
3) Dia Semanis Honey
4) Tundukkan Playboy Itu
5) Cinta Si Wedding Planner
6) Sayangku Kapten Mukhriz
7) Isteri vs Tunang
8) Mr Donat Karamel
9) Awak Sangat Nakal
10) Suami Tanpa Cinta

Local Celebs (Selebriti Tempatan)
1) Atikah Suhaime
2) Aiman Tino
3) Syatilla Melvin
4) Goh Liu Ying
5) Mira Filzah
6) Aidil Aziz
7) Khai Bahar
8) Norashikin Abdul Rahman
9) Faiz Subri
10) Janna Nick

People (Orang)
1) Donald Trump
2) Atikah Suhaime
3) Song Joong Ki
4) Aiman Tino
5) Margot Robbie
6) Syatilla Melvin
7) Nadia Nordin
8) Zakir Naik
9) Lin Dan
10) Hillary Clinton

Movies (Filem)
1) Train to Busan
2) Suicide Squad
3) Deadpool
4) Dilwale
5) Kabali
6) Conjuring 2
7) Moana
8) BoBoiBoy The Movie
9) Me Before You
10) Zootopia

Mobile devices (Peranti mudah alih)
1) iPhone SE
2) Huawei P9
3) Vivo V5
4) iPhone 7 Plus
5) Samsung Note 7
6) Samsung J7
7) Google Pixel
8) Samsung Galaxy S7
9) Oppo F1s
10) Nokia A7

Car models (Model kereta)
1) Perodua Bezza
2) Proton Persona
3) Proton Saga
4) Honda Civic
5) Proton Perdana
6) Nissan Note Nismo
7) Toyota Sienta
8) Toyota CHR
9) Proton Ertiga
10) Audi A4

Searches (Carian)
1) Euro 2016
2) Pokemon GO
3) BR1M 2016
4) SAPS Ibu Bapa
5) Olympic Games Rio 2016
6) Suri Hati Mr Pilot
7) Train to Busan
8) MAMA 2016
9) 7 Hari Mencintaiku
10) Descendents of the Sun

Sumber: Google Trends

Ada yg dicari kerana populariti, prestasi dan ada juga yg dicari kerana kontroversi. Udada Ubabye!!


ED: terbaik

(Sembang) Keseluruhan 12 juta dan 5 juta penonton episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku selama 1 jam bersiaran

Liku-liku percintaan Mia dan Khuzairi berakhir dengan kegembiraan! Hampir 5 juta penonton berpuas hati apabila krisis rumah tangga Mia dan Khuzairi berjaya diselamatkan selepas pelbagai dugaan yang harus dilalui oleh pasangan ini. Rating terkumpul untuk semua episod ‘7 Hari Mencintaiku’ ini berjumlah 12 juta penonton dan rating untuk satu jam siaran dari pukul 6.58 malam sehingga 8 malam pada episode akhir  telah mencecah 5 juta penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Barisan pelakon hebat.

Drama bersiri 28 episod, ‘7 Hari Mencintaiku’ terbitan Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. lakonan hebat oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Aman Graseka, Liza Abdullah dan Jaja Illiyes DFKL ini telah menjadi ‘kegilaan’ orang ramai sejak disiarkan pada 7 November 2016 menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.58 petang.

7 Hari Mencintaiku turut menjadi topik perbincangan yang hangat di laman sosial Twitter setiap kali bersiaran di kaca televisyen apabila berjaya memonopoli takhta trending nombor satu di Malaysia dengan kata kunci #7HariMencintaiku.

Lebih menarik lagi, bukan watak Mia dan Khuzairi sahaja yang berjaya menjadi tumpuan orang ramai. Salah satu babak drama yang amat menyedihkan sehingga berjaya menjadi trending di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram adalah apabila watak Buntat (lakonan adik Mohd Ariff) meninggal dunia ketika dia cuba untuk menyelamatkan Mia daripada dipukul oleh Khalil (Engku Haris). Tambahan lagi, watak Pak Samad (Aman Graseka)  juga hangat diperkatakan sehingga menjadi idola kegilaan ramai wanita.

Menurut pengarah drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Jamal Khan, “Pertama sekali, syukur Alhamdulillah atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Sebenarnya, saya dan pihak produksi langsung tidak menyangka bahawa drama ini akan menjadi satu fenomena yang hebat di seluruh Malaysia. Lakonan setiap watak seperti Buntat, Mak Leha, Pak Samad, Helmi dan ramai lagi dalam drama ini juga amat hidup sehingga berjaya mendapat perhatian dari orang ramai.
Selain itu, drama ini bukan sahaja menitikberatkan kisah percintaan antara Mia dan Khuzairi. Pada pendapat saya, antara elemen unik dalam drama ini yang patut diambil contoh oleh orang ramai adalah elemen kekeluargaan dan persahabatan. Saya ingin memberi penghargaan kepada pencipta cerita ini iaitu Siti Rosmizah kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang berjaya menyentuh hati orang ramai. Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon yang telah bekerjasama untuk menjayakan siri drama ini.”

7 Hari Mencintaiku ini mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Engku Haris) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil. Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Ismail), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.

Pada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.
Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi. 

Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.

Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Udada Ubabye!!
Sumber: galaksi media



ED: Tahniah

Sabtu, 24 Disember 2016

(Iris TV3) Sinopsis drama Hantu Punya Bos!

Dek sikap bos yang baran dan cerewet, pembantu peribadi Shukri Yahaya sudah hilang sabar dan mahu berhenti dengan serta merta. Benarkah artis berbakat besar yang bersih dengan kontroversi ini seorang bos yang berperangai seperti hantu? 

Ingin tahu perkara sebenarnya? Saksikan drama bersiri terbaharu, Hantu Punya Bos! lakonan Shukri Yahaya dan Intan Najuwa menerusi slot Iris bermula 28 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang. 

Pelakon utama Shukri Yahaya dan Intan Najuwa. Ini gambar poster pertama.

Poster kedua.

Sinopsis:

Drama adaptasi novel oleh nukilan Dekna Lee ini merupakan terbitan MIG Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Feroz Kader dan membariskan artis-artis popular seperti Serina Redzuan, Julia Marin dan Tash Yong. 
Abby (Intan Najuwa) mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu. 

Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya. 

Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja. 

Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf. 

Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya.

Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir. 

Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby. 

Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan? Jangan ketinggalan untuk menonton Hantu Punya Bos! lakonan Shukri Yahaya dan Intan Najuwa yang bakal menghiasi slot Iris, TV3 bermula 28 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my. Udada Ubabye!!

Sumber: galaksi media
Gambar: ig n_mardhiah



ED: selamat menonton

(4 Gambar) Aaron Aziz sebagai Pak Cik Hot drama Isteri Tuan Ihsan

Boleh tahan juga penangan drama Isteri Tuan Ihsan, walaupun belum habis tayangan, drama ini merupakan drama Top 10 drama dengan rating penonton tertinggi. Antara drama ini menjadi tarikan penonton ialah heronya iaitu Aaron Aziz sebagai Pak Cik Hot. Jom tengok 4 gambar terkini Aaron Aziz yang ditangkap oleh jurugambar, Nizar Hafiz Mustafa.



Aaron Aziz.

Memegang watak Tuan Ihsan atau gelarannya Pak Cik Hot.

Diam tak diam, umur Aaron Aziz dah 40 tahun. Kejap je masa berlalu..


Aaron Aziz dalam surat khabar Metro semalam..

Sumber gambar: 
ig nizarhafizmustafa

ED ingat lagi drama pertama Aaron Aziz di Singapura iaitu Jeritan Sepi 2. Dia bermula dengan watak sampingan, akhirnya menjadi hero di Malaysia yang diminati ramai. Udada Ubabye!!



ED: Selamat maju jaya!

(Sembang) 10 drama rating tertinggi 2016

Harian Metro telah menyenaraikan 10 drama dengan rating tertinggi pada tahun 2016. ED rasa susunan 10 drama ini mengikut rating penonton tertinggi.

Antara pelakon drama Top 10 2016
Gambar: ig myhmrap

10 drama rating penonton tertinggi 2016:

1. 7 Hari Mencintaiku (TV3)
2. Cinta Masam Manis (TV3)
3. Suri Hati Mr. Pilot (ASTRO)
4. Patahnya Sebelah Sayap (TV3)
5. Dia Semanis Honey (ASTRO)
6. Mak Cun 2 (TV3)
7. Lara Aishah (ASTRO)
8. Abang Bomba I Love You (ASTRO)
9. Isteri Tuan Ihsan (ASTRO)
10. Sweetie Nannie (TV3)

Sumber: Harian Metro

Tahniah untuk semua drama yg meletup pada tahun ini. Udada Ubabye!!



ED: Terbaik!

Jumaat, 23 Disember 2016

(Tahniah) Episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 12 juta penonton, pecah rekod!

Tahniah, drama 7 Hari Mencintaiku telah memecahkan rekod drama TV3.

Rating episod akhir drama ialah sebanyak 12 juta penonton.
Sumber: pengarah drama

Tahniah diucapkan kepada semua team drama ini. Udada Ubabye!!



ED: terbaik

(Sembang) Selepas 7 Hari Mencintaiku, 2017 drama Curi-Curi Cinta pula

Selepas kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku karya novelis Siti Rosmizah, tahun depan sebuah lagi novel beliau akan diadaptasi ke drama.

Novel Curi-Curi Cinta akan didramakan pada tahun 2017. Khabarnya akan tayang di Astro Bella sebanyak 30 episod.
Gambar: ig sitisallehstagram

Perbualan ED dgn Kak Siti Rosmizah di instagram.

Dengarnya Nelydia Senrose heroin drama ini dan hero belum diketahui. Kalau tayang di Astro, takdelah ulasan EDtv sebab ED tak guna Astro di rumah. Astro Bella pun kena langgan lain kan? Bijak2.. hehe... Udada Ubabye!!



ED: nantikan..

(Akasia TV3) Sinopsis drama Biar Aku Jadi Penunggu

Selepas berakhirnya kisah percintaan antara Mia dan Khuzairi dalam drama ‘7 Hari Mencintaiku’, TV3 bakal mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri baharu, Biar Aku Jadi Penunggu buat jutaan peminat setia slot Akasia mulai 26 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang. Drama 28 episod terbitan oleh Saphire Screen dan arahan daripada Michael Ang membariskan pelakon hebat seperti Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Octovia Manrose, Shah Tapaw dan Fahmy Reza.

Ashraf Muslim dan Janna Nick.
Gambar: amm_terengganu

Sinopsis:

Ifaat Hamani dan Afeef Adwan ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat sebagai batu loncatan. Sanggupkah Ifaat menerima lamaran Afeef dan menunggu kepulangannya?

Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. 

Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki.

Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat.

Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji. 

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. 

Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu? Jangan lupa untuk mengikuti lakonan Janna Nick dan Ashraf Muslim dalam drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu yang akan bermula disiarkan pada 26 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di slot Akasia, TV3.

 Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Biar Aku Jadi Penunggu juga boleh disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui pakej tonton VIP. Udada Ubabye!!
Sumber: galaksi media



ED: selamat menonton

Khamis, 22 Disember 2016

(Gambar) Poster drama Biar Aku Jadi Penunggu

Cantik poster drama Biar Aku Jadi Penunggu.

Lakonan utama Ashraf Muslim dan Janna Nick.
Gambar: ig michaelang


Gambar: ig ashrafmuslimmuayyid

Mulai Isnin depan di TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

(Sembang) 20 yang menarik tentang drama 7 Hari Mencintaiku

Hai, sempena episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku hari ini, ED nak kongsi dengan anda tentang 20 yang menarik tentang drama ini. Ini berdasarkan pemerhatian ED tentang drama ini di kaca TV dan komen2 followers EDtv di media sosial. Dah bersedia? Jom!

Para pelakon drama 7 Hari Mencintaiku yang berjaya membawa watak masing2 dengan cemerlang.

 20 yang menarik tentang drama 7 Hari Mencintaiku:
  1. Apabila novel 7 Hari Mencintaiku diumumkan akan didramakan, ramai yang tak sabar nak tengok. Mereka tak dapat bayangkan betapa hebatnya drama ini nanti. Terbukti, drama ni memang hebat.
  2. Montaj drama ini sangat cantik, setanding dan lebih cantik daripada montaj telenovela Amerika Latin. Sawah padi dalam montaj tu secara tak langsung menggambarkan identiti negara kita.
  3. Semua pelakon berjaya membawa watak dengan berkesan dan cemerlang sehingga muncul fenomena watak2 dalam drama ini. Contohnya, Team Pak Samad, Team Buntat, Team Mia dan ramai lagi.
  4. Siti Saleha sebagai Mia Adriana berjaya menggeramkan penonton dengan wataknya yang ego dan antagonis pada awal cerita tetapi sebaliknya di hujung cerita. Ramai pulak yang sedih bila dia nak kembali pada Khuzairi, Khuzairi pulak tak nak.
  5. Shukri Yahaya sebagai Khuzairi, watak yang paling dikagumi penonton kerana sangat baik dalam drama ni. Ramai yang suka tengok watak dia lebih2 lagi bila dia buat muka kesian atau muka sekupang. Hehehe...
  6. Aman Graseka sebagai Pak Samad, rasanya 100% penonton suka watak Pak Samad. Paling win dalam drama ni, bila Pak Samad tengking Mak Leha sampai bergegar gambar dalam TV. Pertama kali tengok drama, ada special effect gegaran macam ni.
  7. Liza Abdullah sebagai Mak Leha, menjadi betul watak dia. Babak paling best, bila Mak Leha nak kenakan Mia, Pak Samad caras Mak Leha. ED suka tengok babak tu..
  8. Wan Sharmila sebagai Sofi, wataknya juga disukai penonton kerana manis tutur kata dan kawan sejati kepada Mia. Natural je dia bawa watak Sofi tu.. Babak paling win, bila dia tegur mak Mia dan Khalil dengan tegas waktu dia tahu rancangan jahat Khalil dan Mak Mia.
  9. Syazwan Zulkifly sebagai Helmi. Dia ni kalau bawa watak jahat memang pakar. Tak perlu dinafikan lagi. Terbaik lakonan dia! Babak paling win semestinya waktu Helmi kantoikan Ila mengandung anak luar nikah.
  10. Adik Arif sebagai Buntat, lakonan comel yang disukai dalam drama ni. Waktu babak Buntat mati, ramai yang sedih dan ada juga yg menangis. Fenomena Buntat mula muncul selepas wataknya dimatikan. Popular Buntat!
  11. Jaja Iliyes sebagai Nadia, lakonannya juga disukai penonton dalam drama ni. Babak paling win, waktu Nadia sindir mak dan abang dia.
  12. Faye Kusairi sebagai Syakila, wataknya juga memberikan kesan kepada penonton. Ramai yang benci watak Syakila. Jadi, berjaya la dia bawa watak tu..
  13. Paling ED suka dalam drama ni ialah penggunaan lagu latar Exist Mengintai Dari Tirai Kamar, menimbulkan mood tersendiri dalam drama ni. Jarang drama2 sekarang nak guna lagu popular dolu2 ni..
  14. Gegaran dalam drama ni juga akan diingati penonton, ada beberapa episod yang bergegar semasa babak Pak Samad marah dan waktu Khuzairi marah pun ada bergegar jugak.
  15. Jalan cerita yang ditulis oleh Siti Rosmizah Semail sangat best, banyak babak sedih  dan banyak unsur suspen. Nak masuk episod akhitr pun ada suspen. Yang belum baca novel, memang bertambah best tengok drama ni sebab tak tahu lagi jalan cerita.
  16. Tajuk 7 Hari Mencintaiku pun disukai dan diperkatakan netizen kerana tajuknya tidak klise dan tidak memualkan. Maaf, segelintir penonton mula jemu dengan banyak tajuk drama sekarang yang "tuuuttt.." (faham2 sendiri ye). Nanti blog EDtv dikecam pulak. Hehehe..
  17. Drama 7 Hari Mencintaiku dilabelkan drama terbaik 2016 kerana kekuatan jalan ceritanya dan lakonan semua pelakon. Tiada sebarang berita kontroversi yang berlaku di luar drama untuk menaikkan rating drama ini. Rating drama ni pun meletup tau!
  18. ED difahamkan juga, drama ini juga diikuti oleh penonton2 yang tidak suka menonton drama Melayu sebelum ini. Drama ini berjaya menarik minat ramai penonton yang dulunya tidak minat menonton drama Melayu, apatah lagi yang memang minat drama Melayu seperti ED. Amazing!
  19. Suasana kampung seperti dalam drama ini juga disukai ramai penonton. Memang terasa suasana kampung dalam drama ni. Cara bercakap Pak Samad dan Mak Leha juga menambahkan lagi suasana kampung itu. 
  20. Episod akhir drama ini pasti ditunggu ramai dan selepas tamatnya drama ni, ramai yang rasa tak puas nak tengok drama ni kan? Drama ni memang selalu menjadi buah bibir penonton. Terbaik!


Antara babak episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku hari ini.

Mak Leha, Sofi, Nadia dan Mia Adriana.

Kalau buka youtube, taip Exist, tajuk lagu yg keluar dulu ialah mengintai dari tirai kamar. So? Faham2 sendiri ye..


Ulasan EDtv di twitter tentang ini paling banyak diretweet di twitter.

Oke, dah panjang ED cerita, akhir sekali nak ucap terima kasih dan tahniah kepada semua team drama ini kerana mempersembahkan drama yang bermutu tinggi. Udada Ubabye!!



ED: Terbaik semua!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi