Isnin, 10 September 2018

(TV1) Sinopsis telefilem Di Sisi

Saksikan telefilem khas maal hijrah, Di Sisi 9 malam ini di TV1.

Lakonan utama Aidil Rafiq & Ruzaidi Rahman.

LOGLINE
Kisah Udin (15 tahun) menjaga ayahnya yang lumpuh separuh badan. Biarpun ayahnya 
seorang yang perengus, Udin tetap tabah & bertanggungjawab menjaga ayahnya itu.

SINOPSIS
Kisah berlatarkan sebuah kampung nelayan, berlaku selama seminggu. Udin (15) 
menjaga ayahnya yang lumpuh separuh badan. Duduk dikerusi roda, membuat 
pergerakan Jali terbatas. Segala makan minum & mandi diuruskan oleh Udin.
Biarpun sering dimarahi oleh Jali, Udin tetap tidak melawan. Dia akur dengan setiap apa 
yang terbit dari mulut ayahnya. Di rumah dilihat Udin seorang budak yang kurang 
berbicara, manakala diluar pula Udin dilihat sebagai seorang budak yang banyak mulut. 
Kerajinan Udin amat disenangi oleh penduduk disitu. 

Cuti sekolah, Udin bekerja sambilan disebuah warung, selain dari upah wang saku Udin 
juga sering dibekalkan makanan oleh tuan warung. 

Dilaluan lorong-lorong rumah ke warung, Udin sering bersembang dengan Mak Mah 
(65). Mak Mah seorang yang kasar bahasanya, sering juga menasihati Udin berkenaan 
Jali. Pak Kalam juga antara orang yang sering disinggahi oleh Udin. Pak Kalam; peminat 
tegar burung tekukur seorang yang kelakar. Pak Kalam juga banyak tahu tentang
keadaan dan penduduk kampung.
KONFLIK; Sehinggalah satu hari, Udin didatangi oleh sekumpulan budak (agak sebaya) yang tidak puas hati dengan tindakan Udin melaporkan kegiatan mereka pada Penghulu.

Jali tahu Udin dipukul, namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Lebih parah lagi 
budak-budak tadi mengulangi perbuatan mereka terhadap Udin, seperti satu hiburan 
Udin dibuli. Kali ini Udin melawan. Namun lagi teruk Udin dikerjakan.
Penghulu berjumpa Jali dan menasihati Jali agar Udin disekolahkan di asrama. Manakala 
diri Jali pula disarankan untuk tinggal dirumah kebajikan. Jali tambah tertekan.

Satu pagi, selepas Udin keluar rumah. Jali menyelongkar barang-barang dalam bilik Udin. 
Sebuah album lama milik Jali (yang pernah dibuang) dijumpai kemas & gambar-gambar 
didalam album itu terjaga. Jali tersentuh. 
Udin pulang & terserempak dengan Jali. Hari itu adalah hari yang panjang bagi kedua 
anak beranak itu. Mereka berbual panjang. Udin gembira Jali kembali seperti dulu. Jali 
pula, akhirnya redha dengan apa yang berlaku.

Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi