Rabu, 5 September 2018

(TV1) Telefilem Lalang

Saksikan telefilem khas Lalang, Sabtu ini di TV1.

Lakonan Syazwan Zulkifly & Sasqia Dahuri serta ramai lagi.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun ini bakal menerbitkan sebuah telefilem khas period berdurasi 90 minit sempena sambutan kemerdekaan mengangkat tema pengorbanan dan patriotik dalam perjuangan bangsa untuk menuntut kemerdekaan Negara.

Menarik tentang Penerbitan Panggung RTM Hari Merdeka Lalang ini adalah ianya berkisarkan latar 1942 era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah. Namun ugutan daripada Ah Chai (Wong Kam Tat) untuk mencederakan Sue Lan (Ain Evon Tay) dan Ah Yee (Tiffany) menyebabkan Ah Heng terpaksa mengalah dan berpegang pada prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu. Jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun yang dipenuhi lalang. 

Satu malam, kedai Ah Heng dibakar oleh Mejar Tanaka (Qi Razali) dan tenteranya. Ah Heng terpaksa menyorok daripada Jepun. Atas dasar setiakawan dan kemanusiaan, Embong dan Rohani (Sasqia Dahuri) menyembunyikan Ah Heng di pondok kebunnya. Ketika tinggal di pondok, Ah Yee teringin bermain layang-layang dengan menggunakan suratkhabar cina tetapi Sue Lan bimbang akan dilihat oleh penduduk setempat dan mereka akan tahu ada keluarga cina yang menyorok dalam penempatan orang melayu. Malangnya ketika Ah Yee bermain laying-layang, dia telah ditembak oleh Ah Chai yang menyangka Ah Yee anak orang melayu kerana dendam dan marahnya terhadap orang melayu yang sanggup menjadi talibarut Jepun. Apa kesudahan cerita lalang ini??

Qi Razali


Selamat menonton. Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi