Ahad, 3 Februari 2019

(Ulasan) Persembahan AJL33

Hai, berikut ulasan penuh ED tentang persembahan AJL33.

Persembahan Pembukaan
Amy Search
Maaf, ED rasa persembahan menggunakan penyanyi lagenda sudah biasa. Banyak anugerah yg suka buat macam tu...

Persembahan Pengacara
Alif Satar & Sherry Alhadad
ED suka gimik memperkenalkan pengacara. Sherry Alhadad bermain drum & Alif Satar menyanyikan lagu We Will Rock You. Ini satu kelainan...

Alif Satar & Sherry Alhadad

Khai Bahar - Luluh
Maaf, ED tak nak komen. Mungkin ED yg berharap lebih drpd persembahan Khai Bahar.

Haqiem Rusli & Aman Ra - Jatuh Bangun
Persembahan mencapai standard anugerah berprestij. Pakaian Haqiem Rusli kena dgn lagu. Overall ok!

Haqiem Rusli

Siti Nordiana & Jac - Nisan Cinta
Props kereta kuda tu cantik. Hiasan pentas mereka pun cantik. Pakaian mereka pun cantik.

Syamel - Kau Pun Sama
ED terhibur tengok persembahan dia. Meriah pentas & tarian memukau. Wow, inilah definisi persembahan AJL! ED suka!

Syamel

Hael Husaini - Hajat
Wow! Meriah pentas dgn gadis2 Hajat. ED kagum dgn idea Hael Husaini. Ada kejutan di setiap persembahannya. Penampilan Datuk Syafinaz menggamatkan lagi persembahan lagu tersebut.

Hael Husaini

Kaer & Amylea - Tak Pernah Hilang
Persembahan yang sederhana, tidak berlebihan. Walaupun props atas pentas hanya 4 batang lampu bulat, ED rasa dah memadai.

Persembahan selingan
Nabila Razali, Sarah Suhairi & Ismail Izzani
ED no komen.

Sufian Suhaimi - Di matamu
Opening intro yg sedih. ED dapat rasa kesedihan dalam lagu ini. Dengan iringan seruling & props pelamin, touching wei lagu ni. Terbaik! Dapat standing ovation.

Sufian Suhaimi.


De Fam - Bunga
Maaf, ED terlalu berharap De Fam akan menggegarkan pentas AJL dgn gimik2 tertentu. Sama macam yg Altimet buat tahun lepas. Good try!

Sarah - Semakin
Simple. Sarah hanya menggunakan kekuatan vokalnya utk menarik perhatian penonton. Terbaik!

Ara Johari - Bunga
Pentas bergerak Ara, unik! Cuma, selepas tengok persembahan Hajat, macam ada sedikit persamaan pulak. Persamaannya ialah ada suara soprano & pelakon2 ekstra pakai pakaian putih.

Misha Omar - Sampai Bila
Tak perlu apa2 gimik, vokal Misha Omar sudah cukup memukau penonton. Best!

Dayang Nurfaizah & Hael Husaini - Haram
Patutlah mereka buat persembahan last. Ada hujan di atas pentas rupanya. Persembahan yg sangat menarik dgn vokal memukau, semoga ada peluang menang.

Hael & Dayang.

Persembahan selingan penutup.
Tribute kpd muzik rap. Okelah, ada kelainan.

Joe Flizzow & Aliff.

Gambar: ig muzikmuzik_33

Keseluruhannya, dalam AJL33 ramai penyanyi yg menampilkan suara soprano atau menggunakan nada yg tinggi. Kalau boleh rumuskan, persembahan Sufian Suhaimi paling epik malam ini. Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi