Selasa, 16 April 2019

(Sembang) Azhan Rani paling menyerlah dalam Nur 2

Ada yg minta ED ulas drama Nur 2 lagi. Oke, sepanjang ED menonton drama Nur 2, watak Hamadi lakonan Azhan Rani paling menyerlah sekali. Dia berjaya buat penonton benci & tergelak dengan lawak2 nya dalam drama ini. ED pun tak tahu nak benci ke nak gelak sebab dalam kejahatan dia, ada unsur2 jenaka seperti dia nyanyi lagu Ziana Zain waktu Amirul ternampak dia di pintu bilik Nur. Tak tercapai akalku.

Azhan Rani sebagai Hamadi

Di twitter ED baca, ada yg minta pengarah buat drama untuk Hamadi sahaja sebab nak tengok lakonan Azhan Rani puas2. Apa2pun terbaik lakonan Azhan Rani! Syabas kerana menang anugerah watak antagonis dalam Anugerah DFKL 2019.
Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi