Rabu, 1 Mei 2019

(Sembang) Drama Turki Destiny Ties, drama yang sangat sedih

Drama Turki Destiny Ties (Hiyanet Sarmali) di TV3 memang best sebab jalan ceritanya sangat sedih. Ada yg menangis tengok drama ni. Apa yg sedih sangat? Oke, ED share kpd anda.

1. Mengisahkan tentang keluarga Ferhat & tentera yg kejam bernama Kilic.

2. Mula2, tunang Ferhat kena tembak dgn Kilic sebab menolak cinta Kilic.

3. Lepas tu, ayah Ferhat kena tembak dgn Kilic sebab Kilic menjadikan ayah Ferhat sebagai kambing hitam bisnes haramnya. Waktu ayah Ferhat ditembak, emak Ferhat pula bersalin.

4. Lepas tu, orang suruhan Kilic mahu membunuh Ferhat sekeluarga sebab Ferhat tahu Kilic yg menenbak ayahnya.

5. Kilic terjun dari kereta api untuk mengelakkan diri ditembak oleh orang suruhan Kilic.

6. Episod hari ini, emak Ferhat pula diugut mahu ditembak jika tidak memberitahu adik Ferhat berada di mana.

Drama ini disedihkan lagi dgn lagu latarnya yg sedih & mendayu2. Lakonan mereka memang hebat. Memang nampak macam kisah benar.

Emak Ferhat terkejut apabila terdengar bunyi tembakan.

Sedih tengok babak ni sebab emak Ferhat baru sahaja bersalin.

Gigihnya seorang ibu...

Inilah Ferhat yg terjun dari kereta api.

Inilah antara sebab ED suka tengok drama Turki. Jalan cerita mereka banyak berunsurkan kekeluargaan & kesedihan. Setakat ini sahaja. Udada Ubabye!!

29 ulasan:

  1. Cerita amat menarik d sgt menyedihkn hati sy

    BalasPadam
  2. Citer best tapi bape lama baru habis silap silap beratus episode

    BalasPadam
  3. Terkilan rasa sbb citer turki the magnificent century pun tayang tak abis, citer tergantung. Episode mmg byk ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada issue tu. PM Turkey tidak setuju dengan jalan cerita. Sebab kurang tepat ..

      Padam
  4. tk dapat tgk episod selanjutnya utk hari ini.harap esok di lanjutkan dua episod.coz hari ini skip episod.

    BalasPadam
  5. cite ni berlatarkan kisah tahun bila ye..best cite ni sedih....sakit ati gn kilic

    BalasPadam
  6. ingat mak dia tu oelakon kajol, sebiji kajol

    BalasPadam
  7. Admin ada buat tak review setiap episod? Ada termiss beberapa episod so x faham. Tengok kt youtube bru episod 1 yg sy missed, tu pun x faham. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy review start episod 6 tak silap...

      Padam
    2. Maaf, episod feehat ambil dokumen penting utk kilic tu, feehat bunuh tak jenetal yg tolong dia masa teejun ketapi, tak sempat tgk la. Sian dua dua mangsa keadaan

      Padam
    3. Dia tak tembak pon..sebab esoknye episode. Tuan general tu berjumpa dgn org jitim tu xsilap(sbb kilic pon ade dan menyorok)

      Padam
    4. saya dah tengok episode awal hingga episode akhir kat youtube, ayaz akhirnya berkahwin juga dengan kekasihnya,dan 3 beradik tu akhirnya bersatu, happy ending..nak tengok episode awal hingga akhir taip je hiyanet sarmili keluarlah episode satu hingga episode akhir

      Padam
    5. Sampai berapa episod yee cerita nii

      Padam
  8. Macam mana nakntgk ulangan ye.. YouTube mcm xde je. Harini episode berapa?huhu saya takntgk pulak tadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat youtube ada... Tp x faham sbb xde subtitle. Search hiyanet sarmali

      Padam
  9. Sy suka lagu2 flm cerita ni..ade sape2 tau link nk download lagu2 ni x sbb sy cri xdpt

    BalasPadam
  10. Plot ni meme besttt
    Muzik nya pun..

    BalasPadam
  11. saya dah tengok dah drama destiny ties ni dari episode satu hingga akhir kat youtube, akhirnya ayaz kahwin juga dengan kekasih dia ,dan mereka akhirnya 3 beradik bersatu dan bahagia di hari perkhawinan ..ending drama ni , ending bahagia

    BalasPadam
  12. Ferhat dgn Ayaz bukan ada adik perempuan ke? mana adik diorang sekarang?

    BalasPadam
  13. adik perempuan mereka..BEYAZ ..

    cerita.mmg best...pelakon2nya hensem..Ayaz dan Ferhat...Canan dan Gul..cantik!

    BalasPadam
  14. adik perempuan mereka..BEYAZ ..

    cerita.mmg best...pelakon2nya hensem..Ayaz dan Ferhat...Canan dan Gul..cantik!

    BalasPadam
  15. Tahun bile citer ni sbnrnye

    BalasPadam
  16. Crita ni mmg best. Tak miss episode oo. Tapi mana 1, ferhat?

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi