Malam ni, ED tengok Cerekarama di TV3. Tajuknya Masihkah Ada Raya Buatku. Sedih wei cerita ni... ED suka cerita macam ni!
Lakonan mantap Datuk Fizz Fairuz, Nad Zainal & 2 pelakon kanak2 berbakat besar, Puteri Qaseh & Hadi Putra.
Lakonan Nad Zainal sentiasa terbaik.
Sedikit jalan ceritanya,
Azura (Nad Zainal) lumpuh sebab kemalangan. Anaknya Zara & Zabil dah 5 tahun tak beraya sebab ayah mereka Zul (Datuk Fizz Fairuz) tidak mampu.
Zabil bekerja dgn Pak Tam pada bulan puasa sebab nak gembirakan adiknya Zara tanpa pengetahuan ayahnya. Apabila sampai masa nak beli baju raya, duit simpanan Zabil tak cukup. Pak Tam belanja Zabil beli baju raya utk keluarganya.
Apabila ayah Zabil tahu, Zabil beli baju raya, ayah Zabil mengoyakkan baju raya tersebut. Zara & Zabil menangis. Selepas kejadian itu, Azura menyedarkan Zul tentang perangainya selama ini jika hari raya nak tiba. Zul pun insaf & pada raya tahun ini, mereka sekeluarga sambut hari raya seperti orang lain.
ED suka drama kekeluargaan macam ni. Terbaik! Udada Ubabye!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan