Selasa, 31 Disember 2019

(Top 10) Drama Kesukaan EDtv 2019

Inilah carta Top 10 drama kesukaan EDtv pada tahun 2019.

Carta ini berdasarkan drama yg ED suka tengok pada tahun ini...


10. Nur 2.
Anda suka tengok watak Ustaz Hamadi? Ya, ED pun suka tengok Ustaz Hamadi. Kelakar tengok Ustaz Hamadi nyanyi lagu Ziana Zain.

9. Pia.
Berkesan Zara Zya bawa watak Pia yang menjaga adiknya Budi. Kesian tengok Pia.

8. Kerana Dia Manusia Biasa.
Best drama ni, Shukri Yahaya kawen dengan Emma Maembong, kakak pembunuh isterinya untuk balas dendam.

7. Adellea Sofea.
Kisah cinta pensyarah & penagih dadah. Lain drpd yg lain.

6. Cindai.
Ayda Jebat bawa watak Cindai. Gadis bipolar yg trauma dengan masa lalunya yang sedih. Best.

5. Sara Kirana.
Cerita tentang Sara lakonan Mia Ahmad yang berkahwin dgn adik bekas suaminya. Best jalan ceritanya.

4. Sara Sajeeda.
Kisah cinta antara 2 negara, Malaysia & Pakistan. Banyak kisah dalam drama ni. Terbaik!

3. Lara Syakila.
Kisah cinta wanita kaya & lelaki miskin. ED suka tengok drama ni sebab jalan ceritanya yg sedih.

2. Aku Yang Kau Tinggalkan.
Drama Ramadan paling best tahun ni. Lakonan serasi Siti Elizad & Ungku Ismail Aziz.

1. Curi-curi Cinta.
ED suka jalan ceritanya yang sedih. Tak sangka ada plot twist di hujung episod drama ini. Intan Raihana bukanlah sejahat yg disangka.

ED memang suka tengok drama yang sedih2 & latar tempatnya suasana kampung. Kebanyakan drama di atas sedih2 belaka. Hehehe... Udada Ubabye!!

Ahad, 29 Disember 2019

(Top 5) Drama Menyerlah 2019


Pada pendapat ED, inilah 5 buah drama yang menyerlah pada tahun 2019. Maksud menyerlah di sini ialah drama tersebut menonjol & meninggalkan kesan, ada trademark tersendiri & disukai ramai penonton.

Inilah 5 drama menyerlah 2019.

Kalau ED buat carta, inilah keputusannya berdasarkan pemerhatian ED..

5. Nur 2.
Drama ini menyerlah kerana Ustaz Hamadi & Mak Cik Woshu Woshu...


4. Curi-curi Cinta.
Drama ini sedih giler... Mula2 ramai yg benci Intan, hujung2 ramai yg simpati dgn Intan Raihana.


3. Sweet Dreams.
Drama ini popular kerana gandingan Ben Amir & Mira Filzah yang serasi dan disukai penonton.

2. Aku Yang Kau Tinggalkan.
Drama Ramadan ini best kerana gandingan Ungku Ismail Aziz & Siti Elizad. Jalan ceritanya pun best.

1. Kampung People.
Ramai orang suka tengok drama ringan & kelakar macam ni. Semua peringkat umur suka tengok drama ini. Latar belakang suasana kampung juga menjadi kesukaan ramai. Maaf cakap, penonton sekarang sukakan drama "kampung" seperti ini sebab dah banyak sangat drama orang2 "kaya".

ED ulang, ini pendapat peribadi ED. Carta suka2 je. Udada Ubabye!!

Rabu, 25 Disember 2019

(Top 5) Pelakon Lelaki Menyerlah 2019

Pada pendapat ED, berikut 5 pelakon lelaki yang menyerlah pada tahun ini..


Ungku Ismail Aziz, Azhan Rani, Ben Amir, Shukri Yahaya & Yusuf Bahrin.

Berikut susunannya mengikut pendapat ED..

5. Yusuf Bahrin.
Banyak lakonannya di kaca tv pada tahun ini. Walaupun berlakon sebagai watak pembantu, rasanya ramai yang sudah mengenali Yusuf Bahrin.

4. Shukri Yahaya.
Shukri Yahaya boleh dikatakan hero drama TV3. Banyak membintangi drama TV3 & lakonannya tidak pernah mengecewakan. ED suka drama dia yang ni, Kerana Dia Manusia Biasa.


3. Azhan Rani.
ED rasa Azhan Rani paling dominan dalam drama Nur 2. Watak Hamadi lakonannya berkesan & ada yang tengok drama Nur 2 semata2 nak tengok watak Hamadi.

2. Ungku Ismail Aziz.
Drama Ungku Ismail yang meletup tahun ini ialah Aku Yang Kau Tinggalkan & Adellea Sofea menjadi kesukaan peminatnya. Lakonan dia memang bersahaja & terbaik.

1. Ben Amir.
ED tak sangka, drama Sweet Dreams melonjakkan nama Ben Amir. Tuah rambut panjangnya menyebabkan imejnya menjadi perhatian. Ramai giler peminat Ben Amir tahun ni. Drama Lara Syakila juga meletup kerana salah satu faktornya, ada Ben Amir.

ED nak minta tolong, jangan ambil serius tentang carta di atas. Ini blog ED & pilihan ED sendiri. Jangan marah jika pelakon kesukaan anda tidak ada dalam senarai. Segmen Top 5 ini 5 orang sahaja.

 Udada Ubabye!!

Selasa, 24 Disember 2019

(Top 5) Pelakon Wanita Menyerlah 2019

Pada pendapat ED, inilah 5 pelakon wanita yang menyerlah pada tahun 2019. Bukan menyerlah kerana gosip, tetapi menyerlah daripada segi kerjaya mereka.


Kalau ED buat carta, inilah hasilnya...

5. Tiz Zaqyah.
Tahun ini banyak drama Tiz Zaqyah seperti Sara Sajeeda, Setelah Kudimiliki & Mimpi Yang Sempurna . Lakonan Tiz Zaqyah tidak perlu dibincangkan lagi. Memang terbaik.

4. Uchee Fukada.
Drama Nur 2 merupakan batu loncatan untuk Uchee Fukada. Wataknya sebagai mak cik mulut laser woshu woshu Ustaz Adam menyebabkan Uchee Fukada popular & fenomena.

3. Uqasha Senrose.
Tak sangka, tahun 2019 nama Uqasha Senrose menjadi bualan hangat kerana lakonannya dalam drama Setelah Terlafaznya Akad disukai penonton. Selepas drama itu, nama Uqasha Senrose antara heroin yang dinantikan ramai.

2. Zahirah Macwilson.
Zahirah juga  menyerlah pada tahun ini. Drama Curi-curi Cinta & Rindu Yang Terlarang menyerlahkan lagi kehebatan bakat lakonan Zahirah Macwilson.

1. Mira Filzah.
ED rasa Mira Filzah antara pelakon yang dramanya tak putus² di kaca TV. Dari awal tahun hingga sekarang, ada je dramanya. Drama Sweet Dreams antara drama yang melonjakkan lagi nama Mira Filzah.

Ini pendapat peribadi ED & apa yg ED nampak. Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

Khamis, 19 Disember 2019

(Drama RTM) Drama Jodoh Tersasar Alamat, akan datang...

Drama terbaharu, Jodoh Tersasar Alamat akan datang di RTM. Menampilkan heroin baharu lagi...

Pelakon utama drama ini, Syazuwan Hassan, Husna Mustaffa & Ungku Hariz.

Nantikan drama 13 episod ini. Udada Ubabye!!

Rabu, 18 Disember 2019

(Drama RTM) Drama Dia Bidadari Dari Syurga, akan datang...

Drama adaptasi novel terbaharu, Dia Bidadari Dari Syurga, akan datang di RTM. Bersama hero & heroin baharu.

Sharifah Husna & Halim Radzi sebagai watak utama drama ini.

Nantikan drama 20 episod ini di RTM. ED tak tahu tayang di saluran berapa. Udada Ubabye!!

Isnin, 16 Disember 2019

(TV Okey) Drama Leon Zalika, akan datang...

Drama terbaharu, Leon Zalika akan menemui penonton di saluran TV Okey.

Gandingan hero & heroin baharu ni, Riena Diana & Dini Schatzmann.

Nantikan drama 30 episod ini di TV Okey. Udada Ubabye!!

Jumaat, 13 Disember 2019

(Ulasan) Telefilem Lafaz, lain daripada yang lain...

Selesai menonton telefilem Lafaz di TV2. Jalan ceritanya lain daripada yg lain. Berat tetapi masih boleh difahami.


Sinopsis:
Mengisahkan pasangan suami isteri yang keduanya penghidap sindrom alzheimer dan memiliki seorang anak lelaki berusia 7 tahun. Si suami telah melafazkan cerai, apabila seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap isterinya yang ketika itu berada dalam keadaan tidak normal kerana penyakitnya. Atas faktor kesihatan, mereka tidak boleh rujuk semula  menyebabkan si anak berusaha menyatukan kembali ibubapanya. Saksikan lakonan Qi Razali, Diana Aqila, Syed Muhamad Baqir, Syazwan zulkifl, Akmal Ahmad, Mardiana Alwi, Wan Hanafi Su, Salina Saibi dan Keith Foo.

Ulasan:
ED memang tabik pada lakonan Qi Razali & adik Syed Baqir. Lakonan mereka mantap & emosi mereka dapat penonton rasakan. Para pelakon lain juga mantap & menghayati watak dgn baik. Latar tempat di Terengganu cantik & ada diselitkan dengan adat budaya sana. Jalan ceritanya berat & penonton sukar untuk meramalkan kesudahannya. Jalan cerita macam ni yang best diikuti sampai akhir. Keseluruhannya, telefilem Lafaz, terbaik!

Skala Bintang: 8/10

Udada Ubabye!!

(Widuri TV1) Drama Korban Kasih, akan datang Ramadan 2020

Inilah drama Ramadan TV1 untuk tahun hadapan. Boleh dikatakan drama terhebat juga ni.


Drama adaptasi novel Korban Kasih akan menemui anda pada tahun hadapan di TV1. Lakonan Saharul Ridzwan, Zara Zya, Ummi Nazeera, Azrel Ismail & ramai lagi. Drama ini adaptasi novel Korban Kasih 1 & 2.

Nantikan kemunculannya. Drama air mata ni. Udada Ubabye!!

Selasa, 10 Disember 2019

(Ulasan) Drama Lara Syakila berbaloi ditonton

Inilah ulasan ED untuk drama Lara Syakila.


Episod awal drama ni dah best. ED suka latar tempat drama ni di kawasan kampung. Lakonan Nazim Othman pun best. Daripada awal episod, ED dapat rasa jalan ceritanya nanti akan membuatkan penonton ternanti2 setiap episodnya. 

Barulah semangat nak tengok drama macam ni. Udada Ubabye!!

(Sembang) Siaran Awesome TV akan datang...

Ada siaran TV baharu tak lama lagi... Awesome TV.


Awesome TV bakal menemui anda tidak lama lagi dengan variasi program yang menarik. Antaranya, program hiburan istimewa untuk adik-adik yang pastinya memberikan 1001 kenangan terindah bersama kawan-kawan! 

Awesome TV menawarkan hiburan terbaik masa kini di mana anda dapat menonton TV bersama keluarga dengan riang gembira. Dengan kualiti masa yang terbaik, pastinya akan memberikan anda keceriaan yang berpanjangan bersama keluarga! 

Keliru nak tonton stesen TV yang mana? Tak tau nk tengok program apa? Tengok jer Awesome TV. Program TV santai, lawak dan menarik pasti membuatkan korang tersenyum.
 
Jangan lupa LIKE Facebook My Awesome TV.

Nantikan kehadirannya! 
#AwesomeTV
#MemangOhsem

Isnin, 9 Disember 2019

(Selekta Prima TV2) Sinopsis drama Lara Syakila

8.30 malam ini bermulalah drama Lara Syakila di TV2. ED rasa drama ini best sebab jalan ceritanya & latar tempatnya.


Lakonan Nazim Othman, Mona Allen, Ben Amir & ramai lagi.

Sinopsis:
Syakila seorang gadis bangsawan telah dinafikan haknya untuk bercinta dengan jejaka kampung bernama Adam. Percintaan terhalang ini telah membawa kepada peristiwa tragis sehingga Adam dipenjarakan dan Syakila dikahwinkan dengan pilihan keluarga. Saksikan lakonan Nazim Othman, Ben Amir dan Mona Allen dalam #LaraSyakila setiap Isnin - Khamis bermula Isnin (9 Disember 2019) pukul 8.30 malam di TV2. | myklik.rtm.gov.my | #RTMMobile

Selamat menonton. Udada Ubabye!!

Ahad, 8 Disember 2019

(Tahniah) Senarai Peserta Separuh Akhir Gegar Vaganza 2019

Tahniah, inilah senarai artis yang mara ke separuh akhir Gegar Vaganza 2019.

One Nation Emcees.

1. One Nation Emcees
2. Hady Mirza
3. Naqiu
4. Jatt
5. Nurfatima
6. Noorshila Amin
7. Sham Visa
8. Wann

Tiada penyingkiran. Tema minggu depan ialah Fab. Setiap artis akan menyanyikan 2 lagu.

Udada Ubabye

(Jom Kenal) Azim Yusof sebagai Abang Trivago

Dulu iklan Trivago menampilkan Kakak Trivago. Sekarang dalam iklan Trivago menampilkan bintang iklan lelaki pula. Siapakah yang dipanggil Abang Trivago ini.

Azim Yusof sebagai Abang Trivago dalam iklan Trivago sekarang.
 
Instagram dia @azimyusof_

Kalau tengok iklan di televisyen, kerap keluar muka dia ni. Persoalan netizen di twitter, dalam iklan tu, dia ucap Selamat Hari Ulangtahun emaknya yang ke 25. Jadi watak dia umur berapa? Hehehe...

Udada Ubabye!!

(Throwback) Montaj drama Jaguh-jaguh slot Spektra TV2 90 an

Jom throwback drama slot Spektra TV2 yg diminati ramai pada zaman 90 an, drama Jaguh-jaguh.

Eizlan Yusof hero drama ini.

Sempoi je montaj drama zaman dulu.

Montaj drama ini.

Drama ni tayang pada tahun 1995. Korang umur berapa waktu itu?

Udada Ubabye!!

(Gambar) Penyanyi Mexico ini berhijab melancong ke Abu Dhabi

Penyanyi dan pelakon seksi Mexico, Belinda telah melancong ke Abu Dhabi. Apa yang menarik, dia tampil berhijab apabila melancong ke Tanah Arab itu. Ramai netizen memuji penampilannya itu. Datuk Seri Siti Nurhaliza pun likes gambarnya di instagram.
Jom lihat gambar2 Belinda berhijab.

Kredit: instagram belindapop

ED kenal dia ni. ED pernah tengok telenovela Amigos lakonan dia di stesen tv Indonesia dulu. Sedikit info mengenai Belinda.

Belinda Peregrín Schüll, known as Belinda, is a Spanish-born Mexican singer, songwriter and actress. In 2000, she started her career as a child actor at the age of 10 when she was cast as the lead role in the Mexican children's telenovela Amigos x siempre. (Wikipedia)

Udada Ubabye!!

Sabtu, 7 Disember 2019

(Ulasan) Nenek Aku Instafamous sangat menghiburkan!

Ini ulasan ED tentang telemovie Nenek Aku Instafamous...

1. Sangat menghiburkan. Banyak babak yg kelakar. Hujung2 sedih pulak. 
2. Jalan ceritanya santai tetapi ada mesej nilai kekeluargaan.
3. Pelakon2 best. Lakonan cucu P. Ramlee tu pun best.
4. Sangat kena dengan situasi zaman sekarang tentang Instafamous.
5. Lagu2 lama dalam cerita ni best. Nostalgia!

Skala bintang: 9/10

Udada Ubabye!!!

(Sembang) Lakonan Sham Visa terbaik dalam Nenek Aku Instafamous

Lakonan Sham Visa menjadi tumpuan dalam Nenek Aku Instafamous malam ini. Ye la, dah lama dia tak berlakon.

Sham Visa

Lakonan Sham Visa tadi kelakar & tak kekok. Sama macam dulu. Apa yg boleh ED ringkaskan, lakonan Sham Visa terbaik!

Udada Ubabye!!

(Megadrama Astro Ria) Drama Chandelier, akan datang

Assalamualaikum. 


Drama adaptasi novel Chandelier akan menemui anda pada tahun hadapan. Hero drama ini ialah Ben Amir & heroinnya ialah Mimi Lana. Gandinga baharu ni! Nantikan di slot Megadrama Astro Ria. 

Udada Ubabye!!! 

Wajah baharu EDtv 2020

Assalammualaikum. Inilah wajah baharu EDtv sempena tahun 2020.

24 Disember ini genaplah umur blog EDtv 10 tahun. Rasa sekejap je masa berlalu. Disebabkan umur EDtv ialah 10 tahun pada tahun depan, ED memilih warna emas sebagai warna tema pada tahun ini.

Sebenarnya pada tahun ini, ED ada terfikir sama ada nak teruskan atau tidak untuk menulis blog pada tahun hadapan. ED rasa macam dah cukup ED berblogging selama hampir 10 tahun. Namun, bila tengok balik ikatan silaturahim yg terjalin antara ED dgn followers2, ED teruskan lagi untuk berblogging pada tahun hadapan.

Okelah, ED nak ucap terima kasih kepada anda yg menyokong ED dari ED mula berblogging hingga sekarang.

Udada Ubabye!!!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi