Selesai menonton telefilem Lafaz di TV2. Jalan ceritanya lain daripada yg lain. Berat tetapi masih boleh difahami.
Sinopsis:
Mengisahkan pasangan suami isteri yang keduanya penghidap sindrom alzheimer dan memiliki seorang anak lelaki berusia 7 tahun. Si suami telah melafazkan cerai, apabila seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap isterinya yang ketika itu berada dalam keadaan tidak normal kerana penyakitnya. Atas faktor kesihatan, mereka tidak boleh rujuk semula menyebabkan si anak berusaha menyatukan kembali ibubapanya. Saksikan lakonan Qi Razali, Diana Aqila, Syed Muhamad Baqir, Syazwan zulkifl, Akmal Ahmad, Mardiana Alwi, Wan Hanafi Su, Salina Saibi dan Keith Foo.
Ulasan:
ED memang tabik pada lakonan Qi Razali & adik Syed Baqir. Lakonan mereka mantap & emosi mereka dapat penonton rasakan. Para pelakon lain juga mantap & menghayati watak dgn baik. Latar tempat di Terengganu cantik & ada diselitkan dengan adat budaya sana. Jalan ceritanya berat & penonton sukar untuk meramalkan kesudahannya. Jalan cerita macam ni yang best diikuti sampai akhir. Keseluruhannya, telefilem Lafaz, terbaik!
Skala Bintang: 8/10
Udada Ubabye!!
Mengapa penghujung kisah Lafaz tu, ketua kampung ditangkap sebagai suspek kes culik & rogol? Pemuda sebagai penculik tu pula tidak terima apa-apa balasan malah terlepas begitu sahaja?
BalasPadampemuda itu terima balasan polis tangkap dier nama watak dier izra ,ketua kampung tu ayah dier bersubahat sama so dier heret ayah dier sekali.ini berdasar kan suara pemberita dalam cerita tu..
Padam