Selasa, 31 Disember 2019

(Top 10) Drama Kesukaan EDtv 2019

Inilah carta Top 10 drama kesukaan EDtv pada tahun 2019.

Carta ini berdasarkan drama yg ED suka tengok pada tahun ini...


10. Nur 2.
Anda suka tengok watak Ustaz Hamadi? Ya, ED pun suka tengok Ustaz Hamadi. Kelakar tengok Ustaz Hamadi nyanyi lagu Ziana Zain.

9. Pia.
Berkesan Zara Zya bawa watak Pia yang menjaga adiknya Budi. Kesian tengok Pia.

8. Kerana Dia Manusia Biasa.
Best drama ni, Shukri Yahaya kawen dengan Emma Maembong, kakak pembunuh isterinya untuk balas dendam.

7. Adellea Sofea.
Kisah cinta pensyarah & penagih dadah. Lain drpd yg lain.

6. Cindai.
Ayda Jebat bawa watak Cindai. Gadis bipolar yg trauma dengan masa lalunya yang sedih. Best.

5. Sara Kirana.
Cerita tentang Sara lakonan Mia Ahmad yang berkahwin dgn adik bekas suaminya. Best jalan ceritanya.

4. Sara Sajeeda.
Kisah cinta antara 2 negara, Malaysia & Pakistan. Banyak kisah dalam drama ni. Terbaik!

3. Lara Syakila.
Kisah cinta wanita kaya & lelaki miskin. ED suka tengok drama ni sebab jalan ceritanya yg sedih.

2. Aku Yang Kau Tinggalkan.
Drama Ramadan paling best tahun ni. Lakonan serasi Siti Elizad & Ungku Ismail Aziz.

1. Curi-curi Cinta.
ED suka jalan ceritanya yang sedih. Tak sangka ada plot twist di hujung episod drama ini. Intan Raihana bukanlah sejahat yg disangka.

ED memang suka tengok drama yang sedih2 & latar tempatnya suasana kampung. Kebanyakan drama di atas sedih2 belaka. Hehehe... Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi