Sabtu, 29 Februari 2020

(Drama Okey) Drama Manuskrip Cinta bermula 5 Mac 2020

Antara drama best tahun ni, drama adaptasi novel Manuskrip Cinta di saluran TV Okey.

Lakonan Siti Saleha, Fadlan Hazim & ramai lagi. Banyak pelakon terkenal dalam drama ini seperti Reen Rahim, Syazwan Zulkifly, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Saksikan bermula 5 Mac ini. Udada Ubabye!!

Khamis, 27 Februari 2020

(Dramavaganza Astro Ria) Drama Kau Bidadari, akan datang...

Taruhan slot Dramavaganza Astro Ria, Ramadan ini...

Drama Kau Bidadari lakonan hero &heroin, Zul Ariffin & Mira Filzah. 

Nantikan! Udada Ubabye!!

(TV Okey) Drama Demi, akan datang...

Drama adaptasi novel, Demi akan datang di TV Okey. Katanya, jalan cerita drama ini menarik untuk ditonton.

Lakonan Ashraf Muslim, Ben Amir, Puteri Aishah & ramai lagi...

Nantikan! Udada Ubabye!!

Sabtu, 22 Februari 2020

(Ulasan) Panggung RTM Berdua, cukup rencah!

Selesai menonton Panggung RTM, Berdua lakonan Faizal Hussein, Sangeetha dan ramai lagi.

Gandingan pelakon senior & junior. Nampak serasi. Macam tiada perbezaan umur.

Ulasan EDtv:
Telemovie Berdua ni agak berat jalan ceritanya. Kena tengok sampai habis, baru faham. Telemovie ini bukan sekadar telemovie asal boleh tetapi ada mesej & ilmu di dalamnya. ED baru tahu tentang gelang pada kaki Al tu ialah bekas penjenayah yang dibuang daerah. Telemovie ini mengisahkan kehidupan Al (Faizal Hussein) yang menjalani hidup selepas dipenjara sebagai tukang baiki barang elektrik di Muar. ED suka latar tempat di kampung.

 Secara keseluruhannya, telemovie ini cukup rencah. Ada sweet, ada sedih, ada nilai persahabatan & ada aksi. Ending telemovie ini, sweet dengan lagu latar Alleycats. ED suka.

Bintang: 8/10

Panggung RTM selalu tidak mengecewakan. Udada Ubabye!!

Rabu, 19 Februari 2020

(Widuri TV1) Drama Derhaka Cinta Jebat, akan datang...

Drama adaptasi novel Derhaka Cinta Jebat akan datang di slot Widuri TV1.

Azlee Khairi & Elvina, hero & heroin drama ini.

Nantikan. Udada Ubabye!!

Selasa, 18 Februari 2020

(Megadrama Astro Ria) Drama Pelindung Seorang Puteri, akan datang...

Lisa Surihani dan Farid Kamil bergandingan lagi dalam sebuah drama adaptasi novel.

Lisa Surihani dan Farid Kamil pelakon utama drama adaptasi novel Pelindung Seorang Puteri.

Drama tersebut dijadualkan tayang pada 23 Mac depan di slot Megadrama Astro Ria. Nantikan! Udada Ubabye!!

Sabtu, 15 Februari 2020

(Ulasan) Telemovie Peninggalan Arwah, jalan ceritanya sangat sedih

ED nak ulas tentang telemovie Peninggalan Arwah. Sedih betul jalan ceritanya...

Mengisahkan kakak & adiknya yang tidak disukai oleh ayah kandung mereka. Setelah nenek mereka meninggal, ayahnya terpaksa membawa balik mereka tinggal bersamanya & isteri barunya. Ayahnya membenci anak2 nya kerana termakan fitnah. Ayahnya menganggap isteri pertamanya curang. Di rumah ayahnya, kakak & adiknya selalu diseksa oleh ibu tiri mereka. Huhuhu...

Apabila kakak & adiknya besar, ayah & ibun tirinya mendapat balasan. Baru mereka menyesal. Pengajarannya, kepada ibu bapa, jangan membezakan anak & jangan membenci anak2 sebab satu hari nanti, anak2 yang akan menjaga ibu bapa.

Siapa yg tengok cerita ni akan rasa sedih & geram. Terbaik! ED memang suka cerita sedih2 ni....


Udada Ubabye!!

Khamis, 13 Februari 2020

(Jom Kenal) Biodata Danial Dashuki, watak Ryan drama Bukan Kahwin Paksa

Jom kenal pelakon baharu Danial Dashuki yang memegang watak Ryan dalam drama Bukan Kahwin Paksa. ED juga sempat menemubualnya di Instagram.

Danial Dashuki.

Biodata:

Nama penuh:
 Mohd Hadi Danial bin Mohd Dashuki 

 Nama komersial:
Danial Dashuki

Pekerjaan:
Pelakon sepenuh masa.

Danial Dashuki berasal dari Kuala Lumpur. Tarikh lahirnya pada 7 Disember 1994. Dia berumur 26 tahun.

Bagaimana boleh menceburi bidang lakonan?
Actually saya dah lama minat berlakon tapi takde perluang sebelum ni tapi last year saya jumpa seorg manager artis so start dari pada situ dia je jaga dan beri saya perluang untuk berlakon .

Harapan:
 Harapan saya , saya harap saya di terima baik dlm industry dan saya dapat belajar dan saya akan belajar untuk terus berjaya dlm industry lakonan ini.

Ucapan untuk penonton drama Bukan Kahwin Paksa?
 Saya harap semua yg menonton drama bukan kahwin paksa akan terus menyokong drama ni dan menerima baik saya di dlm drama ni dan teruskan menyokong semua yg terlibat.

Terima kasih Danial Dashuki kerana sudi menjawab soalan2 daripada EDtv. Selamat maju jaya dalam industri seni. ED nampak dia ada pakej untuk pergi jauh dalam bidang lakonan. Udada Ubabye!!

(Jom Kenal) Biodata Chici Bamba, watak Harlina drama Seadanya Aku

Jom kenali Chichi Bamba, pelakon watak Harlina drama Seadanya Aku. Chichi Bamba anak kepada pelakon Norish Karman. Emak dia dulu heroin drama Spa Q. ED sempat menemubual Chichi Bamba di Instagram minggu lepas.

Chichi Bamba.

Biodata

Nama sebenar: 
Nur Hanyz Amanda Hashimuddin

Nama komersial:
Chichi Bamba

Umur:
16 tahun.

Bagaimana boleh berlakon dalam drama Seadanya Aku?
Tiada rencana, hanya menjalankan tugas sebagai personal assistant kepada bunda norish, saya dan abg saya tedy, memang selalu urus baju,jadual utk bunda bila masa dia shooting,semasa di lokasi,producer dan director,’talent spotted’ me,and did a quick and soft audition,dan dengan izin bunda yang sangat mementingkan quality,commitment dan discipline,alhamdulillah,saya diberi peluang,diganding bahu bersama zara zya dan azlee khairi dalam ‘seadanya aku’.

Cita-cita:
untuk menjadi surgeon

Harapan:
semoga ada lebih banyak peluang yang bermakna.

Ucapan untuk penonton drama Seadanya Aku:
doakan saya,support seadanya aku🙏🏻💪🏼💞

Isnin, 10 Februari 2020

(Ulasan) Episod 19 Seadanya Aku, sokong Zureen!

Episod 19 drama Seadanya Aku, sokong Zureen! Baru dia tahu Fiya atau Wina yang baik.

Zureen lakonan Dayana Roza.

Dalam episod hari ini, kesian Zureen. Asyik dihina oleh Wina. Mentang2 dia orang kampung. Namun begitu, Zureen tetap baik kepada Fiya & Wina. 

(Ulasan) Episod 19 Seadanya Aku, kecam Wina!

Episod 19 drama Seadanya Aku memaparkan perangai Wina yang sebenarnya.

Wina seorang yang iri hati dengan Fiya, pengguna dadah & pendendam. Kecam Wina!

Jika korang benci Wina, maka lakonan Elvina berkesan. Udada Ubabye!!

(Tahniah) Keputusan AJL 34

Keputusan AJL 34.

Persembahan terbaik:
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip

Vokal terbaik:
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip

Ketiga:
Anta Permana - Bob

Kedua:
Bangun - Aman Ra

Juara Lagu:
Sumpah - Naim Daniel

Naim Daniel

Tahniah diucapkan!

Ahad, 9 Februari 2020

(Ulasan) Persembahan AJL 34

Berikut ulasan EDtv tentang AJL34.

Opening best. AJL34 kali ini membuka tirai dgn persembahan segar daripada artis2 terkini & lagu2 best. Suara paling merdu dalam persembahan ini ialah suara Lah Ahmad.

1. Masdo.
ED suka konsep kerja kahwin yang ditampilkan. Meriah dengan ramai penari di atas pentas.
Bintang: 3/5

2. Aina Abdul
Persembahannya kreatif dengan darah mengalir dari pakaiannya. Mesej yang cuba disampaikan kena dengan lagu yg dibawa. Vokal pun best. ED terkesima tengok persembahan Aina Abdul.
Bintang: 5/5

3. Akim & The Majistret
Persembahan yang simple. Keunikan persembahan pada daun terup yang diterbangkan ke dalam stadium.
Bintang: 2/5

4. Fairuz Misran
Seperti yang dijangka, persembahannya bertemakan konsep zaman P. Ramlee. Kehadiran Nabila Huda memeriahkan lagi suasana.
Bintang: 2/5

5. Ernie Zakri
Vokalnya sahaja sudah mampu buat penonton wow! Ditambah pula dengan iringan koir, bertambah wow.
Bintang: 3/5

6. Bob 
Penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza memeriahkan lagi suasana. Walaupun ada masah mikrofon, ED tetap suka!
Bintang: 4/5

7. Hazama
ED suka tengok persembahan Hazama. Latar pentas dgn daun2 & daun2 kering, sejuk mata memandang. Vokal Hazama pun best. Sama macam dalam radio.
Bintang: 4/5

8. Naim Daniel
Ini baru AJL. Konsep persembahan yang gah bertemakan angkasa lepas. Penampilan Naim Daniel seperti kartun dalam video klipnya, unik & lain drpd yg lain.
Bintang: 4/5

9. Hafiz Suip
Cantik props atas pentas. Macam taman bunga. Persembahan Hafiz pun sweet. 
Bintang: 4/5

10. Aman Ra
ED terhibur dgn persembahan Aman Ra. Simple but happening. 
Bintang: 4/5

11. Drama Band
Kostum cantik! ED suka konsep persembahan mereka. Mereka tetap pertahankan konsep video klip mereka. ED terhibur melihat kenakalan mereka.

12. Haqiem Rusli
Bertemakan ayah. Penampilan Datuk Rosyam Nor membuatkan suasana sedih. Feeling tengok peserta penutup AJL kali ini.

Penutup, otai2 yang menyanyi. Mengimbas kembali kegemilangan lagu2 lama.

Cadangan penambahbaikan:
1. Hadkan masa. Penonton tidak suka pengacara bersembang terlalu lama. Kami tahu tujuannya untuk memberi masa kepada krew menyiapkan pentas. Solusinya, tak perlu props yang mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

2. Pastikan mikrofon berfungsi. Sayangnya waktu Tok Ti muncul, mikrofon tak berfungsi.

3. Jangan over run.

Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!

(Sembang) Ramalan AJL 34

Ini tekaan ED untuk pemenang AJL 34 malam ini...

ED rasa lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel bakal jadi juara AJL34.

Juara: Sumpah - Naim Daniel
Naib juara: Anta Permana - Bob
Ketiga: Ku Bersuara - Ernie Zakri

Persembahan terbaik: Ernie Zakri
Vokal terbaik: Ernie Zakri
Artis pilihan Setel: Haqiem Rusli

Ini hanya sekadar tekaan suka2. Udada Ubabye!!

Jumaat, 7 Februari 2020

(Ulasan) Episod 18 Seadanya Aku, Wina yang jahat sebenarnya...

Sebenarnya, ED tak tahu jalan cerita drama Seadanya Aku. Bila follow dari awal, ED kesian dengan Wina sebab kawan baik dia kawen dengan tunang dia.

Elvina sebagai Wina. Suka tegok dia pegang Wina.

Episod hari ini, Wina ada kaitan dengan Hadi dan kes rogol Fiya. Ish... Ish.. Ish...

Udada Ubabye!!

(Ulasan) Episod 18 Seadanya Aku, Hadi yang menodai Fiya

Ulasan episod 18 drama Seadanya Aku, dah ditunjukkan bahawa Hadi yang merogol Fiya. Fiya menjadi orang suruhan Wina. Wina yang jahat sebenarnya.

Fadlan Hazim sebagai Hadi.

Semakin syok drama ni...

(Jom Kenal) Watak Harlina Seadanya Aku, anak Norish Karman

Patutlah bila tengok watak Harlina Seadanya Aku ni, macam mirip Norish Karman. Rupanya, dia anak Norish Karman.

Gandingan emak & anak.

Mirip wajah ibunya.

Menurut hashtag ibunya di instagram, anaknya bakal hafizah & bakal doktor. Untunglah!

Udada Ubabye!!

Khamis, 6 Februari 2020

(Ulasan) Episod 17 Seadanya Aku, Taufiq dan Zureen dah tahu...

Setiap kali ED tengok drama Seadanya Aku, ED nak tahu bilakah rahsia Fiya & Zarul akan terbongkar?

Episod 17, Taufiq & Zureen dah tahu tentang Zarul sudah berkahwin dgn Fiya. Paling sedih part Fiya beritahu Zureen. Zureen memang tak boleh terima Fiya rampas Zarul daripada Wina.

Aiyooo... Drama ini semakin menarik untuk ditonton. Udada Ubabye!!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi