Berikut ulasan EDtv tentang AJL34.
Opening best. AJL34 kali ini membuka tirai dgn persembahan segar daripada artis2 terkini & lagu2 best. Suara paling merdu dalam persembahan ini ialah suara Lah Ahmad.
1. Masdo.
ED suka konsep kerja kahwin yang ditampilkan. Meriah dengan ramai penari di atas pentas.
Bintang: 3/5
2. Aina Abdul
Persembahannya kreatif dengan darah mengalir dari pakaiannya. Mesej yang cuba disampaikan kena dengan lagu yg dibawa. Vokal pun best. ED terkesima tengok persembahan Aina Abdul.
Bintang: 5/5
3. Akim & The Majistret
Persembahan yang simple. Keunikan persembahan pada daun terup yang diterbangkan ke dalam stadium.
Bintang: 2/5
4. Fairuz Misran
Seperti yang dijangka, persembahannya bertemakan konsep zaman P. Ramlee. Kehadiran Nabila Huda memeriahkan lagi suasana.
Bintang: 2/5
5. Ernie Zakri
Vokalnya sahaja sudah mampu buat penonton wow! Ditambah pula dengan iringan koir, bertambah wow.
Bintang: 3/5
6. Bob
Penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza memeriahkan lagi suasana. Walaupun ada masah mikrofon, ED tetap suka!
Bintang: 4/5
7. Hazama
ED suka tengok persembahan Hazama. Latar pentas dgn daun2 & daun2 kering, sejuk mata memandang. Vokal Hazama pun best. Sama macam dalam radio.
Bintang: 4/5
8. Naim Daniel
Ini baru AJL. Konsep persembahan yang gah bertemakan angkasa lepas. Penampilan Naim Daniel seperti kartun dalam video klipnya, unik & lain drpd yg lain.
Bintang: 4/5
9. Hafiz Suip
Cantik props atas pentas. Macam taman bunga. Persembahan Hafiz pun sweet.
Bintang: 4/5
10. Aman Ra
ED terhibur dgn persembahan Aman Ra. Simple but happening.
Bintang: 4/5
11. Drama Band
Kostum cantik! ED suka konsep persembahan mereka. Mereka tetap pertahankan konsep video klip mereka. ED terhibur melihat kenakalan mereka.
12. Haqiem Rusli
Bertemakan ayah. Penampilan Datuk Rosyam Nor membuatkan suasana sedih. Feeling tengok peserta penutup AJL kali ini.
Penutup, otai2 yang menyanyi. Mengimbas kembali kegemilangan lagu2 lama.
Cadangan penambahbaikan:
1. Hadkan masa. Penonton tidak suka pengacara bersembang terlalu lama. Kami tahu tujuannya untuk memberi masa kepada krew menyiapkan pentas. Solusinya, tak perlu props yang mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
2. Pastikan mikrofon berfungsi. Sayangnya waktu Tok Ti muncul, mikrofon tak berfungsi.
3. Jangan over run.
Setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!
yeahh.. i adore aina abdul's performance & concept. sampai ke jiwa. rasa apa yg nk disampaikn. whoever yg criticize her performance, kata like galakkan bunuh diri la.. -ve influence la.. please, tlg tgk dulu music video sumpah by aina abdul. it's a sequel, ok. dig in the +ve message. bknnya teropong only the -ve sides. stop being too judgemental, people!
BalasPadamKan...
PadamYe terubat rindu tgk Lah Ahmad nyanyi malam td... 😁😁😁
BalasPadam