Selasa, 12 Mei 2020

(Resipi) Mi goreng kicap cara saya

Assalamualaikum. Ada yang minta resipi mi goreng kicap yang ED masak semalam. Nah, ED kongsikan resipinya.

Mi goreng kicap ala EDtv.

Bahan-bahan:
1kg mi kuning (ED suka basuh dua kali supaya tiada rasa pahit).

Bahan kisar:
4 ulas bawang putih
1 inci halia
7 biji lada kering (ED suka rendam sejam supaya lembut & tidak berbau maung).
Air sedikit.

Rencah:
Isi ayam (ikut selera)
Kek ikan (ikut selera)
Lobak sebiji (ED potong kecil & memanjang)
Sawi seikat.
Cendawan shitake (ED guna sebab ada stok)

Bahan perasa:
1 Kiub pati ayam
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap masin
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu sos tomato
1 sudu teh garam (jika suka masin)

Minyak masak untuk menumis.
Air, ED guna dalam 3 cawan.
3 sudu tepung jagung dilarutkan dengan air.

Cara masak:
1. Tumis bahan kisar bersama minyak. Biarkan sampai naik bau.
2. Masukkan semua bahan perasa. Garam letak akhir sekali. Tumis dalam 2 minit, lepas tu masukkan ayam & kek ikan. Selepas itu masukkan air 3 cawan. Biarkan ayam masak. Selepas itu, masukkan lobak dan sawi.
3. Selepas itu, masukkan larutan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Jangan risau, nanti dah masuk mi, kuah akan kering. Masukkan sedikit garam jika perlu. Boleh juga masukkan telur jika suka. Akhir sekali masukkan mi kuning.
4. Kacau rata mi kuning sehingga kuah kering. Sekejap je semalam saya kacau, dalam 3-4 minit.
5. Siap untuk dihidangkan.

Begitulah cara saya masak mi goreng kicap ni semalam. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi