Assalamu'alaikum.
Berikut ulasan Episod 19 drama Korban Kasih di TV1.
Hassan meninggal dunia dalam kemalangan itu. Kesian Aisha, dia tiada siapa-siapa lagi di dunia. Hikmah daripada kejadian itu, Jalil semakin rapat dengan Aisha. Jalil berjanji akan menjaga Aisha.
Jamil dan Fika balik lagi ke KL. Jamil dan Fika ke rumah Kak Long. Emak tidak berkenan dengan perangai Fika. Emak cakap kepada Jamil, nak berkawan dengan Fika boleh, nak beristeri cari perempuan lain.
Emak akhirnya turunkan egonya kepada Jalil. Emak cakap Jalil sama seperti arwah ayah. Ceritanya di bawah ini.
Semasa di rumah Kak Long, emak terdengar perbualan Kak Long & Jamil. Jamil cakap Jalil tak akan jumpa emak selagi emak tidak mengaku Jalil anaknya. Kak Long pula cakap tentang Jalil masih mengambil berat tentang emak dengan memberi duit perbelanjaan. Terus menangis emak tetapi dia cover line cakap rindu dengan arwah suaminya, padahal rindu dengan Jalil. Rasanya dia dah menyesal.
Imah kena patuk ular. Mujur Ijal datang menolong. Emak suka kalau Imah dan Ijal ada apa-apa.
Jalil dah konvo. Farah sahaja yang datang tengok Jalil. Aisha pun tunggu Jalil tetapi Jalil tak bawa phone. Datuk mahu menjodohkan Farah dengan Jalil. Datuk tidak suka Jalil dan Aisha ada hubungan.
Aisha sudah tahu Datuk mahu menjodohkan Jalil dengan Farah. Aisha juga bersetuju terima tawaran datuk untuk jadi cikgu. Aisha memohon supaya datuk dan datin merahsiakan keberadaannya kepada Jalil. Kesian Aisha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan