Ahad, 13 Disember 2020

(Zlurpp) Resipi ayam masak merah mudah cara saya

Saya nak kongsi resipi ayam masak merah yang mudah.

Ayam masak merah cara saya.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam digoreng dahulu (bubuh serbuk kunyit dan garam)

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Setengah inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
 1 batang serai

1 paket rempah tumis
2 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
1 sudu tomato puri
Gula
Garam
Ajinomoto
Air untuk kuah
Minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air ikut citarasa.
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puri.
5. Masukkan gula, Ajinomoto dan garam mengikut rasa.
6. Masukkan ayam yang sudah digoreng dulu.
7. Kecilkan api dan biarkan kuah meresap ke dalam isi ayam.
8. Siap!

Mudah bukan? Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi