Ahad, 13 Disember 2020

(Zlurpp) Resipi rendang ayam mudah cara saya

Saya nak kongsi resepi rendang ayam yang senang dibuat.

Rendang ayam cara saya.

Bahan-bahan:
2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 biji lada kering (ikut citarasa)
1 inci halia
1 inci lengkuas
Setengah inci kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan halus
1 sudu jintan kasar
1 paket serbuk rendang Adabi
1 paket kerisik segera
Garam
Gula
Ajinomoto
Minyak masak
Air
Sekotak santan
Daun limau purut
1 paket rempah tumis 

Cara-cara:
1. Kisarkan lada kering, bawang putih, bawang besar, halia, kunyit, serai, ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lengkuas.
2. Panaskan minyak.
3. Tumis rempah tumis lalu masukkan bahan kisar. Biarkan sampai naik minyak. Masukkan rempah rendang Adabi.
4. Masukkan air.
5. Masukkan ayam.
6. Tutup kuali supaya ayam cepat masak.
7. Agak-agak ayam dah hampir masak, masukkan kerisik, gula, Ajinomoto dan garam sedikit dahulu. Biarkan ayam masak.
8. Agak-agak ayam dah masak, masukkan santan dan daun limau purut. Jika rendang belum masin, masukkan garam lagi. Kecilkan api supaya santan tidak pecah minyak.
9. Biarkan kering.
10. Siap!

Rendang ayam siap! Makan dengan nasi kosong pun dah sedap.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi