Ahad, 13 Disember 2020

(Zlurpp) Resipi sambal totok cara saya

Hai, ada yang minta resipi sambal totok yang ED buat sebelum ini. Nah, ini resipinya...

Sambal totok atau sambal tumbuk.

Bahan:
Ikan bilis 1 mangkuk kecil
Cili padi 20biji
Bawang besar sebiji
Bawang putih 2 ulas
Minyak masak
Ajinomoto (pilihan)

Cara buat:
1. Cili padi & ikan bilis ED masukkan dalam air fryer, suhu 160 dalam 10 minit.
2. Bawang putih & bawang merah ED potong dan ED goreng guna minyak di kuali. Goreng sampai bawang layu.
3. Masukkan bawang yang dah digoreng tadi ke dalam lesung. Tumbukkan.
4. Masukkan pula cili padi dan ikan bilis sedikit demi sedikit. Tumbukkan.
5. ED masukkan Ajinomoto untuk rasa lebih sedap lagi. Tumbuk sebati.
6. Siap!

ED tak letak garam sebab ikan bilis dah masin. Sebelum buat, ED rendam dulu ikan bilis sebelum digoreng untuk menghilangkan rasa yang sangat masin. Lagi satu, jika tiada air fryer, boleh je goreng di kuali macam biasa. Bahan-bahan di atas anda boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.

Sedapnya sambal dimakan dengan sayur bening dan ikan goreng.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi