Sabtu, 31 Julai 2021

(Ulasan) Episod akhir drama Ayahanda

Berikut ulasan episod akhir drama Ayahanda.


Sinopsis:
Imam Haji Abdullah datang ke rumah Aziz untuk menjelaskan segala-galanya kepada Mazni. Mazni mula sedar akan kesilapannya. Aziz dan ayahnya ikut Bang Chik menangkap ikan, tiba-tiba Aziz terjatuh ke dalam laut. Imam Haji Abdullah terjun ke laut untuk menyelamatkan Aziz tetapi Imam Abdullah pula rebah. Akhirnya, Mazni dapat menerima Ayu sebagai madunya.

Kesudahan drama ini, semua anak cucu Imam Abdullah dapat solat berjemaah bersama dan mereka menyambut hari jadi Imam Abdullah ke 70 tahun. Rupanya Aziz ada bakat menulis sebab menurun bakat daripada Imam Abdullah.

Ulasan:
Sebuah naskhah drama yang bagus, bebas daripada kehidupan kota, berebut harta dan dekat dengan masyarakat. Apa yang mahal dalam drama ini? Lakonan para pelakonnya. Majoriti memberikan persembahan 100% bagusnya. Tahniah, kepada team drama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi